CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 807|Reply: 0

[Sarawak] Polis jumpa kereta, disyaki kereta sama kes kemalangan di Jalan Wan Alwi

[Copy link]
Post time 4-5-2022 11:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 4-5-2022 04:01 PM



Kereta yang ditemui di kebun di Jalan Stephen Yong yang dipercayai kenderaan yang sama terlibat kemalangan dan pergaduhan di Jalan Wan Alwi baru-baru ini.
KUCHING: Sebuah kereta berwarna perak dijumpai dalam keadaan mencurigakan di sebuah kebun di Jalan Stephen Yong, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penemuan tersebut dilaporkan oleh pemilik kebun sekitar jam 8.10 malam.

Menurutnya, bertindak kepada laporan tersebut, beberapa anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) terus ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, didapati benar terdapat sebuah kereta ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan dan hasil semakan juga mendapati ia mengunakan nombor pendaftaran disyaki palsu.

"Hasil siasatan lanjut mendapati kereta tersebut pernah dilaporkan hilang di kawasan Sekama (Kuching)," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Seterusnya kereta tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan lanjut.

Dipercayai kereta tersebut adalah kenderaan yang sama terlibat kemalangan dan pergaduhan di Jalan Wan Alwi baru-baru ini.

Bagaimanapun, belum ada pengesahan mengenainya.

Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian juga boleh menyalurkan di mana-mana balai polis berhampiran.



utusanborneo.com.my/2022/05/04


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063754 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list