CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 670|Reply: 0

[Sarawak] Kuarters pekerja Pan Borneo dijilat api

[Copy link]
Post time 4-5-2022 11:57 PM | Show all posts |Read mode


Penghuni memandang sayu api marak memusnahkan kuarters kediaman mereka dalam kebakaran di Kem Gelasah, Jalan Miri-Bintulu.

MIRI: Seramai 30 orang pekerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo hilang tempat tinggal setelah kuarters mereka di Kem Gelasah, Jalan Miri-Bintulu musnah dijilat api dalam kebakaran petang semalam.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri Penguasa Bomba Kanan II Ahmad Nizam Sapaiee berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar jam 7.24 petang semalam.

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah terdiri daripada lapan orang diketuai Ketua Balai Rary Binjie bergegas ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak 30 kilometer.

"Setiba di lokasi jam 7.55 petang, kita dapati berlaku kebakaran melibatkan satu blok kuarters pekerja dua tingkat berkeluasan 23x160 kaki terbakar 80 peratus.

"Kuarters itu menempatkan 10 pintu di tingkat atas dan 10 pintu lagi di tingkat bawah dengan struktur bangunan jenis tidak kekal," katanya di sini hari ini.

Ahmad Nizam berkata, sejurus tiba anggota bomba terus melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dua nozel sumber air dari jentera dan air terbuka bagi mengawal dan memadam kebakaran itu sehingga selesai.

"Api marak berjaya dikawal dalam masa 13 minit sebelum kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 9.05 malam.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku memandangkan semasa kejadian, semua penghuni kuarters terbabit berjaya keluar menyelamatkan diri masing-masing," jelas beliau.

Dalam pada itu, sebelum bomba tiba penghuni kuarters terbabit berusaha memadam kebakaran menggunakan 11 alat pemadam api jenis debu kering namun gagal berikutan keadaan api marak dengan cepat meranapkan struktur bangunan dibina daripada papan lapis.

Punca kejadian dan nilai kerugian masih disiasat. Difahamkan, jumlah pekerja dan kakitangan di Kem Gelasah itu seramai 158 orang.

Manakala blok terbakar dihuni seramai 30 pekerja.


utusanborneo.com.my/2022/05/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.757055 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list