CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 548|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk risau rumah panjang ditelan sungai

[Copy link]
Post time 4-5-2022 11:53 PM | Show all posts |Read mode


Dennis (kanan) bersama penduduk kampung Long Wat meninjau keadaan tebing sungai yang semakin terhakis berikutan banjir dan hujan lebat.

“Hakisan ini bermula beberapa tahun lalu dan menjadi lebih teruk sejak tahun lalu. Hakisan sungai itu sudah menghampiri sebahagian struktur 90 pintu rumah panjang. Kami risau rumah panjang ini ditelan sungai.”
Penduduk
Oleh Sudan Ajang

MIRI: Kira-kira 1,300 penduduk melibatkan sebanyak 90 pintu rumah panjang di Long Wat, Sungai Apoh dekat sini meluahkan kerisauan berikutan kejadian hakisan tebing sungai semakin menghampiri kawasan rumah setiap kali banjir.

Penduduk kampung yang ditemui berkata, mereka berasa gusar dan bimbang perkara buruk akan berlaku sekiranya tiada tindakan segera diambil.

“Hakisan ini bermula beberapa tahun lalu dan menjadi lebih teruk sejak tahun lalu. Hakisan sungai itu sudah menghampiri sebahagian struktur 90 pintu rumah panjang. Kami risau rumah panjang ini ditelan sungai,” luah penduduk.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau turut meninjau lokasi hakisan selepas menerima laporan daripada ketua kampung.

Dennis berkata, pihaknya sudah memohon peruntukan khas daripada Premier Sarawak bagi membina benteng kekal sepanjang kira-kira 100 meter.

“Projek kini di bawah tindakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. Saya difahamkan mereka kini dalam peringkat menyiapkan reka bentuk.

“Sebagai wakil rakyat, saya khuatir keselamatan penduduk dan memohon projek ini disegerakan kerana ia melibatkan keselamatan penduduk kampung,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Dennis menambah, peruntukan sudah diluluskan dan kerja-kerja pembinaan benteng dijangka bermula pada Julai.

“Atas permintaan saya, JPS sekarang membina benteng hakisan sementara menahan keadaan dari semakin teruk,” katanya.

Long Wat terletak kira-kira lima jam perjalanan dari bandar raya Miri.

Selain Long Wat, empat lagi kampung di Telang Usan teruk dilanda hakisan ialah Long Bemang, Long Banyok, Long Ikang dan Long Selatong Tepalit.

"Cuaca semakin tidak menentu dan hujan turun dengan lebat menyebabkan sebahagian kawasan di Telang Usan seringk landa banjir menyebabkan hakisan tebing sungai," jelasnya.


utusanborneo.com.my/2022/05/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.300368 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list