CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 626|Reply: 0

[Borneo] Ciri baharu MySejahtera kesan lokasi penyakit berjangkit

[Copy link]
Post time 3-5-2022 11:16 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahtera kini dikemas kini dengan ciri-ciri baharu bagi mengesan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata dengan fungsi terbaharu itu, pengguna boleh melihat kawasan titik panas penyakit selain COVID-19, seperti demam campak, rabies, HFMD dan demam denggi.

"Update terkini MySejahtera memperkenalkan ciri baharu. Boleh tengok penyakit berjangkit seperti HFMD," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.

Beliau turut berkongsi dua tangkap layar kemas kini aplikasi berkenaan.

Sebelum ini Khairy memaklumkan fungsi HotspotTracker yang dahulu digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes COVID-19 akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker.
Beliau berkata kawasan berkenaan akan ditentukan berdasarkan jumlah kes aktif di kawasan lingkungan pengguna untuk setiap penyakit berjangkit.

Sementara itu Khairy menasihati orang ramai agar terus menggunakan pelitup muka apabila berada di tempat tertutup atau sesak.

"Saya harap sambutan Aidilfitri anda ceria pada Raya kedua. Terus pakai pelitup muka di kawasan tertutup dan/atau sesak. Jika bergejala buat ujian kendiri & lapor di @my_sejahtera," katanya.- BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/05/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.046402 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list