CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 544|Reply: 0

[Sabah] Jadikan Pesta Kaamatan Wadah Perpaduan Rakyat Sabah Berbilang Latar Belakang – Ketua Menteri

[Copy link]
Post time 3-5-2022 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-5-2022 03:08 PM



Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor memukul gong sebagai simbolik perasmian sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah.

KENINGAU, 1 Mei : Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun wajar dijadikan wadah perpaduan untuk semua rakyat Sabah yang berbilang latar belakang terutama generasi muda, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata dengan hanya bersatu dan bekerjasama rakyat Sabah mampu memajukan negeri ini, dan tidak sekali-kali tergugat dengan perbezaan kaum, agama atau budaya yang boleh memisahkan mereka.

“Perpaduan dan kerjasama amat penting dan ia tidak boleh diketepikan sebagai sesuatu yang remeh. Di Sabah, rakyat kita yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan mempunyai semuanya wujud bersama secara harmoni sejak bergenerasi.

“Perkahwinan campur telah melihat keluarga pelbagai kaum dan kepercayaan menjadi sebagai satu keluarga besar dan kita telah dapat menerima dan menghormati antara satu sama lain, justeru sambutan Pesta Kaamatan ini sebagai wadah untuk perpaduan antara kita,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 dengn dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Pengerusi Jawatankuasa sambutan itu.

Hajiji berkata sejak kecil rakyat Sabah membesar dengan kehidupan aman harmoni dengan rakyat berbilang latar belakang, justeru mana-mana pihak yang memainkan perbezaan kaum, agama, budaya mahupun politik perlu ditolak sebelum ia meruntuhkan perpaduan yang telah dipupuk.

“Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan dalam kepelbagaian yang membolehkan kita wujud bersama keharmonian dan menghormati serta menerima antara satu sama lain,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat Sabah untuk bersama dengan Kerajaan Sabah ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) kini bagi memajukan Sabah dengan pelbagai perancangan diatur terutama pelan pembangunan lima tahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Dengan semangat Kaamatan, kita bersama meningkatkan pengeluaran padi dan hasil pertanian lain. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM561.81 juta untuk pertanian iaitu sektor produktif dalam menyediakan makanan untuk rakyat, pekerjaan dan perniagaan serta bekalan bahan mentah sektor pembuatan,” katanya.

Ketua Menteri berkata segala usaha telah diambil untuk memastikan Sabah menggandakannya pengeluaran makanan semasa menjelang 2030.

Hajiji berkata Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (APCC) pertama Sabah akan dibuka bulan depan untuk menampung permintaan 50 juta tan metrik pertanian bernilai tinggi melibatkan penghasilan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga segar. – BERNAMA


sabahpost.net/2022/05/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.823465 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list