CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 583|Reply: 0

[Sabah] Kes COVID-19 dijangka meningkat selepas Aidilfitri

[Copy link]
Post time 3-5-2022 11:04 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Kes COVID-19 di Sabah dijangka bertambah selepas perayaan Hari Raya Adilfitri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata bagaimanapun, kes COVID-19 kekal stabil hari ini dengan hanya merekodkan 12 kes sahaja.

"Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyatakan semalam bahawa jumlah kes baharu dijangka bertambah selepas perayaan Aidilfitri.

"Kita juga meramalkan trend yang sama akan berlaku di Sabah apatah lagi negeri ini juga menyambut perayaan Kaamatan sepanjang bulan Mei," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, angka penambahan jangkitan boleh dikurangkan dengan mengamalkan sikap yang bertanggungjawab semasa menyambut kedua perayaan ini.

Katanya, patuhi semua saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk penggunaan pelitup muka walaupun tidak lagi mandatori di ruang terbuka.

"Data kajian dalam beberapa bulan ini menunjukkan majoriti kes baharu di Sabah berpunca daripada jangkitan sporadik.

"Atas sebab inilah kita amat menyarankan agar orang ramai terus menggunakan pelitup muka semasa berada di khalayak ramai seperti majlis-majlis sambutan dan perayaan," katanya.

Sementara itu katanya, tiada jangkitan baharu dilaporkan di 22 daripada 27 daerah di Sabah sepanjang 24 jam yang lalu.

"Kota Kinabalu mencatatkan jumlah jangkitan baharu yang tertinggi dengan enam kes (+1), diikuti oleh Putatan dua kes (+2), Tenom dua kes (+1), Semporna satu (+1) dan Tawau satu kes, sama dengan angka semalam.

"11 daripada 12 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, tidak ada kes dalam Kategori 3 dan Kategori 5. Terdapat satu kes dalam Kategori 4," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/05/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.053374 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list