CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki maut dalam kejadian langgar lari

[Copy link]
Post time 3-5-2022 11:00 PM | Show all posts |Read mode


Lokasi mangsa dipercayai memberhentikan kereta sebelum dilanggar lari oleh sebuah kenderaan lain yang belum lagi dapat dikenal pasti.

BINTULU: Seorang lelaki maut dilanggar oleh sebuah kenderaan yang belum dapat dikenal pasti dalam kejadian dipercayai langgar lari di Lorong Permata 2, di Jalan Sungai Plan Tanjung Kidurong, hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Bingkok John, lelaki berusia 23 tahun itu disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Katanya, siasatan awal mendapati dalam kejadian sekitar jam 5.15 pagi itu, mangsa dipercayai sedang memandu keretanya dari arah Sungai Plan menghala ke pusat bandar.

"Sampai di lokasi insiden, mangsa memberhentikan keretanya dan keluar melintas jalan sebelum dilanggar sebuah lagi kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan," ujar beliau.

Kes itu menurut Bingkok akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bintulu Inspektor Jeffery Jembol semasa dihubungi memohon bantuan orang ramai atau saksi kejadian agar tampil menghubungi Balai Polis Trafik Bintulu di talian 086-338575.

Saksi kejadian juga katanya boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Lydia Allan di talian 010-9007791.


utusanborneo.com.my/2022/05/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.121304 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list