CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 547|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki bawa parang, gergaji diberkas

[Copy link]
Post time 3-5-2022 10:59 PM | Show all posts |Read mode


Suspek (dua kanan) semasa ditangkap bersama sebilah parang dan gergaji dalam Ops Aidilfitri di kawasan Pusat Komersil Permyjaya di sini malam Ahad lalu.

MIRI: Polis memberkas seorang lelaki disyaki memiliki sebilah parang pemotong daging yang disembunyikan di bawah tempat duduk motosikalnya pada malam Ahad lalu.

Berikutan tangkapan itu, suspek yang berusia 53 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat (CPS) Miri untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas suspek dan juga rampasan kes.

Dalam kejadian itu katanya, sekitar jam 11 malam, 1 Mei lalu, sepasukan polis yang mengadakan Ops Aidilfitri telah menahan seorang lelaki di kawasan Pusat Komersial Permyjaya di sini untuk tujuan pemeriksaan kerana berkelakuan mencurigakan.

"Ketika diperiksa, suspek gagal menunjukkan kad pengenalan diri untuk tujuan pemeriksaan.

"Manakala hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas motosikalnya telah menjumpai sebilah parang pemotong daging yang disembunyikan di bawah tempat duduk motosikalnya serta sebilah gergaji pemotong kayu," katanya sambil menambah parang dan gergaji kemudian dirampas untuk dijadikan barang kes.

Berikutan itu kata Alexson, suspek bersama barang kes kemudian dibawa ke CPS Miri untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Dalam pada itu menurut beliau, suspek diperintahkan oleh Mahkamah Majistret semalam supaya direman selama tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini.


utusanborneo.com.my/2022/05/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.049607 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list