CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 545|Reply: 0

[Sabah] Warga emas trauma, lima rumah, kenderaan musnah terbakar

[Copy link]
Post time 3-5-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode


PADAM: Pasukan bomba giat menjalankan operasi memadam kebakaran membabitkan lima buah rumah di taman perumahan di sini.

PENAMPANG: Seorang warga emas berumur 60-an tidak sedarkan diri selepas trauma dalam kejadian kebakaran di sebuah taman perumahan di sini kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata kejadian jam 5 pagi itu membabitkan kemusnahan lima buah rumah dan lima kenderaan termasuk tiga kereta dan dua motosikal milik penghuni.

“Sebaik mendapat panggilan pada jam 5.11 pagi, sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Disebabkan keadaan kebakaran yang membabitkan lima buah rumah, kita terpaksa mendapatkan bantuan daripada dua pasukan masing-masing dari BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas,” katanya.

Menurutnya operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan sumber air dari jentera serta pili bomba berdekatan dan kebakaran berjaya dikawal jam 5.43 pagi.

“Tiga rumah jenis kekal seluas 80X35 kaki persegi musnah terbakar manakala dua buah yang lain terjejas 20 peratus akibat terkena bahangan.

“Turut terbakar tiga kereta serta dua buah motosikal milik penghuni manakala seorang lelaki warga emas tidak sedarkan diri di luar rumah dipercayai trauma akibat kebakaran ini.

“Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kemudiannya memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata operasi keseluruhan ditamatkan jam 8.03 pagi.


utusanborneo.com.my/2022/05/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.398519 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list