CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat atas Wisma Saberkas

[Copy link]
Post time 3-5-2022 01:28 PM | Show all posts |Read mode


Anggota polis mengangkat mayat mangsa ke kenderaan polis untuk dihantar ke HUS.

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat atas tempat letak kereta di Wisma Saberkas hari ini.

Difahamkan, kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 1 tengah haria dan mayat mangsa dijumpai oleh orang awam yang kemudian melaporkan kepada polis.

Beberapa anggota dari Balai Polis berhampiran serta Unit Kereta Peronda Polis (MPV) hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan serta mengawal keadaan.

Anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) juga hadir di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Seterusnya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun.

Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut masih dijalankan.


utusanborneo.com.my/2022/05/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list