CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 662|Reply: 1

[Sarawak] 610 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak pada minggu epid ke-17

[Copy link]
Post time 3-5-2022 01:21 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak merekodkan 610 kes baharu COVID-19 pada minggu epid ke-17 berbanding 937 kes pada epid ke-16 2022.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan pada epid ke-16 924 kes merupakan kategori satu (tiada gejala) dan dua (gejala ringan) manakala 13 kes pula adalah kategori tiga (jangkitan paru-paru), kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen dan kategori lima (jangkitan patru-paru dan memerlukan ventilator).

Manakala pada epid ke-17 506 daripada 610 kes baharu dilaporkan adalah kategori satu dan dua sementara baki empat kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

Dengan penambahan kes baharu ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak kini meningkat kepada 305,318 setakat ini.

Dalam perkembangan sama, JPBNS memaklumkan tiga kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan pada epid ke-16 dan satu kes lagi pada epid ke-17 dengan kedua-duanya direkodkan di daerah Kuching.

Sementara itu, JPBNS mengingatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepanjang sambutan Syawal kali ini.

JPBNS berkata meskipun negara telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik, perlu diingatkan bahawa COVID-19 masih lagi menjadi musuh utama dan usaha memerangi COVID-19 masih berterusan.

JPBNS turut ingin mengingatkan bahawa individu yang tidak bergejala berkemungkinan menjadi pembawa virus COVID-19.

Oleh yang demikian katanya masyarakat digalakkan untuk melakukan ujian kendiri sebelum pulang ke kampung untuk beraya.

Walaupun pemakaian pelitup muka di kawasan luar bangunan tidak diwajibkan lagi, namun orang ramai dinasihatkan supaya memakai pelitup muka di kawasan sesak bagi melindungi golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak dari dijangkiti COVID-19, tambahnya.

Selain itu, JPBNS juga ingin menasihatkan orang ramai untuk mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan.

Orang ramai diingat agar memandu dengan cermat dan tenang, kawal perasaan marah serta wujudkan suasana harmoni bersama keluarga semasa dalam kenderaan.

Singgah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk mengurangkan stress dan gangguan emosi.


utusanborneo.com.my/2022/05/02
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2022 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga warga Sarawak berada dalam keadaan sihat Dan dapat menjalani kehidupan yang selesa serra terhindar daripada COVID-19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.083054 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list