CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 678|Reply: 1

[Sabah] Berang disaman, lelaki ugut bunuh, serang polis

[Copy link]
Post time 2-5-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode


Kota belud — Seorang lelaki mengugut mahu membunuh dan menyerang anggota polis trafik selepas berang disaman dalam kejadian di Kota Belud, Sabah.

Ketua Polis Kota Belud, Shahruddin Mat Husain, berkata kejadian berlaku pada 10.55 pagi semalam ketika anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud menjalankan Ops Selamat dan Ops Lancar.

Katanya, suspek yang juga penganggur berusia 22 tahun didapati gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) selain tamat perlindungan insuran dan cukai jalan.

“Semasa saman dikeluarkan, suspek bertindak merakam menggunakan telefon dan polis menegur perbuatannya.

“Namun suspek mulai berang dan mengeluarkan kata-kata mahu membunuh anggota polis yang bertugas,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, polis cuba menenangkan suspek namun lelaki itu bertindak membuka but keretanya dan mengeluarkan sebatang paip besi.

“Suspek cuba menyerang anggota polis dan berlaku pergelutan kecil yang mana suspek turut menendang paha salah seorang anggota polis trafik yang bertugas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan,” katanya.

Shahruddin berkata, suspek direman bermula hari ini untuk tindakan lanjut.


sabahmedia.com/2022/05/01
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 10:51 AM | Show all posts
penganggur
takde lesen
road tax mati
ugut polis
mendatangkan kecederaan

complete
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.050533 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list