CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 485|Reply: 0

[Sabah] Ambil tindakan tegas terhadap pencerobohan berterusan ke atas maritim dan ruang udara negara

[Copy link]
Post time 2-5-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode


DR JEFFREY KITINGAN

KENINGAU: Kerajaan Persekutuan perlu menunjukkan bahawa ia menghormati Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia dengan mengambil tindakan lebih tegas dalam mempertahankan kedaulatan maritim rantau ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan (gambar) berkata ini selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

“Kerajaan persekutuan perlu mengambil tindakan lebih tegas terhadap sebarang ancaman luar bagi memastikan kedaulatan maritim negara, khususnya Sabah, dipertahankan.

"Sabah secara langsung terdedah kepada konflik berterusan yang berpunca daripada banyak tuntutan kedaulatan yang bertindih ke atas pulau, terumbu dan batu di Laut China Selatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata beliau sentiasa mengikuti perkembangan tuntutan konflik di Laut China Selatan dari semasa ke semasa.

“Saya mendapati ancaman terhadap kedaulatan maritim Sabah membimbangkan sejak akhir-akhir ini memandangkan ia berada di barisan hadapan dalam isu tuntutan bertindih.

“Ini memerlukan campur tangan yang lebih serius daripada kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi berkaitan,” katanya.

Pencerobohan yang melibatkan aset tentera China di Laut China Selatan bukanlah perkara baharu.

Sepanjang 2021, Tentera Laut Diraja Malaysia telah melaporkan 23 kes di Zon Ekonomi Eksklusif (EZZ) negara. Kejadian ini nampaknya bermula pada tahun 2013.
Jeffrey juga menegaskan bahawa ancaman terhadap kedaulatan maritim negara menjejaskan ekonomi.

Sejak tahun lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim China dilaporkan telah menceroboh Kawasari, sebuah platform gas di luar pantai Sarawak, dan menjejaskan kerja-kerja yang melibatkan pembangunan operasi minyak dan gas baharu negara oleh Petronas.

Gangguan berterusan oleh 300 kapal maritim China yang meronda di Laut China Selatan turut menjejaskan aktiviti menangkap ikan nelayan kecil di Sabah.


utusanborneo.com.my/2022/05/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.092702 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list