CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 0

[Sabah] Murid sekolah perlu perhatian supaya tidak jadi mangsa buli

[Copy link]
Post time 2-5-2022 04:58 PM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Mantan Timbalan Presiden MPT, Encik Koh Kian Leong (kanan) menyampaikan bantuan Kasih Nikmat kepada murid. Turut sama Mantan PPM Encik Koo Hung Eow (kiri).

TAWAU: Murid sekolah di daerah ini perlu diberikan perhatian sepenuhnya kerana meraka adalah modal insan dan tonggak negara pada masa hadapan.

Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Koh Kian Leong berkata golongan pendidik perlu mengambil berat semua murid dalam jagaan mereka.

“Kita tidak mahu murid sekolah terutamanya golongan miskin menjadi mangsa buli dan ejekkan sehingga mereka tidak fokus belajar serta hilang keyakinan diri.

“Berikan semua murid sekolah keyakinan dan dorongan supaya mereka tabah menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang,” katanya.

Katanya semasa memberikan ucapan dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kasih Nikmat kepada murid Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Cina dari keluarga miskin terpilih, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Bantuan Kasih Nikmat berkata semua murid khasnya tahun enam supaya tidak takut dibuli kerana miskin.

“Tidak perlu takut dan berundur kerana dibuli, sebaliknya harus mengatasinya supaya kamu boleh melangkah maju ke depan dengan berani.

“Jangan malu diketawakan orang, kerana ia boleh menjadi dorongan untuk berusaha dan membuktikan kamu boleh berjaya,” katanya.

Menurutnya, ubah semua sikap negatif dalam diri dan jadilah sebagai seorang yang boleh berjuang dalam hidup untuk masa hadapan.

“Banyak orang kaya pada hari ini adalah mereka yang berasal dari keluarga miskin, namun berusaha sehingga mencapai kejayaan.

“Justeru, murid yang tertinggal pada titik permulaan jangan risau kerana kehidupan itu ibarat maraton, selagi berusaha, kejayaan pasti dalam tangan,” katanya.

Koh berkata menuntut ilmu itu tiada batasnya dan ia sangat perlu kerana diibaratkan ‘hidup sampai tua, belajar sampai tua’.

“Saya berharap semua murid yang ada pada hari ini akan berjaya suatu hari nanti dan dapat berbakti kepada ibu bapa, kampung halaman dan negara tercinta.

“Sekiranya anda berjaya pada masa hadapan, diharap dapat membalas jasa sekolah dan bantu murid miskin yang lain supaya mereka juga akan berjaya,” katanya.

Terdahulu, Bantuan Kasih Nikmat ini telah memberikan sumbangan kepada murid di tujuh buah sekolah cina di daerah ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Justin Wong Yung Bin; Mantan PPM Sri Tanjung, Koo Hung Eow; Ketua Wirawati WARISAN Bahagian Tawau, Adena Abraham dan Naib Wira WARISAN Bahagian Tawau, Romi Maulana serta jemputan lain.


utusanborneo.com.my/2022/05/01
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051550 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list