CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Sabah] Terus patuhi SOP sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri

[Copy link]
Post time 2-5-2022 04:56 PM | Show all posts |Read mode


SOLAT SUNAT AIDILFITRI: Hajiji menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Negeri, Kota Kinabalu bersama lebih 10,000 jemaah sempena sambutan 1 Syawal. Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri tiba di masjid pada kira-kira 7.08 pagi bersama isteri, Datin Seri Panglima Hajah Julia Salag.

KOTA KINABALU: Rakyat negeri ini dinasihatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, masyarakat Muslim menyambut Hari Raya selepas sebulan berpuasa.

"Kita sangat bersyukur kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbeza dengan sambutan dua tahun lalu apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan menyebabkan perayaan ini tidak dapat disambut oleh keluarga masing-masing di kampung halaman.

"Pembukaan semula sempadan negara ini pada 1 April lepas memberi rakyat khususnya masyarakat Muslim untuk balik kampung dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

"Saya pasti ramai yang gembira untuk balik ke kampung masing-masing," katanya dalam Ucapan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun keadaan COVID-19 di Malaysia dan negara lain belum pulih sepenuhnya. Di Sabah khususnya juga mencatatkan trend penurunan kes, bagaimanapun semua pihak dikehendaki untuk terus mematuhi SOP.

"Saya mendoakan agar pasukan barisan hadapan dan pasukan keselamatan yang bertugas juga dapat menyambut perayaan ini dan sentiasa dalam keadaan selamat," katanya.

Hajiji berterima kasih kepada rakyat Sabah yang terus menyokong segala usaha kerajaan untuk memerangi COVID-19 dan juga Hala Tuju Sabah Maju Jaya dalam usaha memulihkan semula ekonomi negeri.

"Saya berharap semua kita akan terus menguatkan lagi semangat kesatuan dan harmoni diantara satu sama lain," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/05/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.400979 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list