CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 673|Reply: 1

[Sarawak] Golongan muda diseru didik orang ramai henti guna botol plastik sekali guna

[Copy link]
Post time 2-5-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode


Ting (tujuh kiri) dan ahli majlis MPS merakam kenangan bersama jawatankuasa Kempen 'Say No to Single Use Plastic Bottle Campaign and Flea Market' di Dataran Tun Tuanku Bujang semalam.

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting menggesa golongan muda supaya terus mendidik orang ramai untuk berhenti menggunakan botol plastik sekali guna.

Berucap pada majlis pelancaran 'Say No to Single Use Plastic Bottle Campaign and Flea Market' di Dataran Tun Tuanku Bujang semalam, beliau berkata semua orang terutama golongan muda memainkan peranan penting dalam melindungi alam sekitar.

"Apa sahaja yang kita lakukan, ada kesan dan akibatnya... Jadi, Junior Chamber International (JCI) dan badan bukan kerajaan (NGO) membantu MPS menyebarkan kesedaran menlindungi alam sekitar.

"Kita mahukan Sibu menjadi sebuah bandar yang bersih dan kemas dan dengan melakukan perkara ini, kita melakukan sebahagian tanggungjawab sebagai penghuni bumi," jelasnya.

Kempen 'Say No to Single Use Plastic Bottle' anjuran bersama JCI Sibu dan Flea Market anjuran bersama Sibu Family Life Community Association.

Kedua-dua program ini merupakan sebahagian daripada siri aktiviti sempena Hari Cintai Bumi 2022. Kempen bermula 30 April hingga 30 Jun dan Flea Market diadakan setiap Sabtu hujung bulan.

Ting berharap lebih banyak program seperti ini akan dirancangkan pada masa akan datang untuk mendidik golongan muda kepentingan mencintai dan melindungi alam sekitar.

Menurutnya, beliau menyedari gambar yang dimuat naik di media sosial Facebook menunjukkan sungai kotor di Kampung Dato akibat botol plastik sekali guna.

Ting menegaskan bahawa plastik tersebut hanyut dari Kapit.

"Orang ramai membuang botol plastik ini sehingga kita air pasang, botol plastik hanyut ke Sibu dan berakhir di Kampung Dato," ujarnya.

Justeru, beliau berkata, adalah penting bagi penduduk Sibu untuk mendidik orang ramai tentang botol plastik sekali guna dan menghentikan perkara ini.

Mengenai usaha MPS lain, Ting berkata Sibu adalah satu-satunya bandar yang melarang penggunaan 'styrofoam' dan penyedut minuman plastik.

Beliau menggesa JCI untuk terus mengadakan kempen 'Say No to Single Use Plastic Bottle' setiap tahun.


utusanborneo.com.my/2022/05/01
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat macamana dah memang air dibotolkan dalam botol plastik. Bagi saya yg penting, apa kita buat dengan botol tu sesudah airnya habis kita minum. Yg penting kita recycle. Samada hantar ke pusat recycle atau masuk dalam tong khas UTK plastik.

Teringat zaman dulu. Kebanyakan RTD (ready to made drink) macam coke, 7up, soya dipek dalam botol kaca. Kalau nak, pekedai buka penutup dan tuang dalam plastik berisi ais ikat tepi. Kalau yg macam ni memang boleh jimat banyak penggunaan botol plastik. Botol kaca tu memang pekedai simpan untuk distributor hantar balik kilang to refill the drink. Tapi mana ada style macam ni lagi kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.069058 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list