CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Kedah] Bekalan keperluan Aidilfitri di Kedah mencukupi

[Copy link]
Post time 1-5-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Azman (kiri) ketika meninjau oulet pemasaran di Pasar Tani Souq Al-Bukhary yang menawarkan harga berpatutan sempena program Semarak Syawal.

ALOR SETAR - Bekalan barang mentah bagi keperluan Aidilfitri sepanjang musim perayaan di negeri ini diyakini mencukupi.

Exco Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India, Azman Nasrudin berkata, buat masa ini pihaknya memastikan bekalan mencukupi selain harga ditawarkan stabil dan terkawal.

Menurutnya, setakat ini tiada keperluan untuk membawa masuk bahan mentah dari luar dan kesemua barangan yang ditawarkan adalah keluaran tempatan.

“Contohnya, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) menjual daging segar pada harga yang sangat terkawal, iaitu RM38 sekilogram.

"Harga ini memang tidak dapat dielakkan dan paling minimum dapat kita tawarkan berikutan kenaikan pelbagai kos. Kenaikan ini sudah kita hadapi sejak dua tahun lalu,” katanya selepas merasmikan program Semarak Syawal peringkat negeri di Pasar Tani Souq Al-Bukhary di sini pada Sabtu.

Azman berkata, sekiranya bekalan daging segar didapati berkurangan dalam pasaran, pihaknya akan segera mendapatkan bekalan daging sejuk beku agar bekalan tidak terputus.

Dalam pada itu, katanya, nilai jualan sepanjang pelaksanaan program Semarak Syawal di 51 outlet pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah dianggarkan mencecah RM558,422.

“Sasaran kita sebenarnya lebih RM800,000 berikutan kebiasaan jualan melebihi anggaran. Ia disebabkan fenomena ramai yang balik kampung untuk beraya pada tahun ini.

“Sasaran ini melibatkan Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Agrobazaar Rakyat (ABR), Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) dan Agro Bazaar online (ABO) di seluruh negeri ini,” katanya.

Menurutnya lagi, selain barangan segar seperti daging, ayam dan sayur-sayuran, pengguna juga berpeluang mendapatkan bekalan juadah Aidilfitri seperti ketupat, rendang, lemang dan biskut raya yang turut dijual di outlet pemasaran ini.

“Konsep outlet pemasaran ini adalah untuk memberi peluang kepada usahawan mengadakan jualan musim perayaan secara langsung kepada pengguna, manakala pengguna boleh mendapatkan barangan keperluan dengan penjimatan ketika membeli secara terus daripada pengeluar,” katanya.

Azman memberitahu, setiap usahawan di outlet pemasaran FAMA mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2022 yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“FAMA juga akan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan Covid-19.

“Anda juga boleh mendapatkan barangan keperluan Aidilfitri di portal Agrobazaar Online (ABO), selain di Pasar Tani, tiga Pasar Tani Kekal, 28 buah AKR dan 11 buah ABR,” katanya.

Menurutnya, program yang bermula di Pasar Tani Pendang pada Selasa, akan berakhir pada Isnin melibatkan Pasar Tani Kulim, Pasar Tani Kekal Kuala Kedah dan Pasar Tani Kekal Changlun.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -di-Kedah-mencukupi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.503407 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list