CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

[Sabah] Semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi pada 15 Mei depan

[Copy link]
Post time 30-4-2022 10:18 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Semua sektor ekonomi di Sabah dibenarkan beroperasi bermula 15 Mei 2022.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, semua aktiviti perniagaan adalah dibenarkan beroperasi termasuk aktiviti kelab malam dan karaoke lounge yang sebelum ini adalah antara aktiviti yang tidak dibenarkan.

"Arahan ini akan berkuatkuasa mulai 15 Mei 2022. Rakyat Sabah adalah disarankan untuk terus mengamalkan penggunaan pelitup muka, sebagaimana amalan sekarang.

"Ini mengambil kira risiko jangkitan melalui jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu 56.5 peratus pada 29 April 2022," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan terdapat satu kes kematian disebabkan COVID-19 pada 29 April 2022 di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun katanya, bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 306 menjadikan jumlah kumulatif 361,983 orang.

"175 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 174 orang di hospital dan satu orang di fasiliti swasta.

"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 12 orang merangkumi 10 di Unit Rawatan Rapi serta dua  di open ward dan enam orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.373082 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list