CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Sabah] Dapatkan rehat mencukupi jika memandu jauh: Champin

[Copy link]
Post time 30-4-2022 10:17 PM | Show all posts |Read mode


LANCAR: Champin melepaskan konvoi petugas Ops Selamat 18 di sini.

SIPITANG: Dapatkan rehat mencukupi sekiranya memandu untuk menempuh perjalanan jauh bagi memastikan pemanduan terhindar dari sebarang aspek bahaya termasuk kemalangan jalan raya.

Itu antara nasihat disampaikan Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh semasa pelancaran Ops Selamat 18 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang di sini semalam.

Katanya penting bagi semua pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalanraya.

“Pemandu seharusnya bersikap lebih bersabar semasa memandu dan tidak terburu-buru terutama memandu apabila aliran trafik sesak.

“Jika menempuh pemanduan jarak jauh, dapatkan rehat yang mencukupi bagi mengelakkan terlelap seketika ketika memandu atau micro sleep,” katanya.

Beliau berkata kerjasama membabitkan semua masayarakat terhadap langkah-langkah keselamatan rumah, premis dan keperhatian jiran amat diharapkan bagi menjayakan operasi ini.

“Penghuni yang ingin balik ke kampung perlu memaklumkan pergerakan cuti kepada pihak polis dengan mengisi borang maklumat balik kampung yang boleh diperolehi di balai berhampiran dan Portal laman web PDRM.

“Pemakluman ini juga boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline 999 atau volunteer smart phone (VSP) yang disediakan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.328589 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list