CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 30/04/2022

[Copy link]
Post time 30-4-2022 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Sabah rekod 48 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 48 kes baharu COVID-19 hari ini dengan peratusan jangkitan sporadik meningkat kepada 65 peratus.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, trend jangkitan di seluruh daerah Sabah kekal sama, iaitu kes harian turun naik dalam skala yang kecil.

"Hari ini Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes baharu dua angka dengan 12 kes (+4). Semua daerah lain mencatatkan kes satu angka termasuk 12 daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Walaupun merekodkan jumlah kes harian yang rendah sejak beberapa minggu tetapi peratusan jangkitan sporadik masih tinggi hampir setiap hari.

"Statistik hari ini menunjukkan peratusan jangkitan sporadik naik hampir 65 peratus daripada semua kes yang dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia bermakna risiko jangkitan virus masih tinggi khususnya ketika berada di khalayak ramai khususnya kawasan yang sesak.

Katanya, atas faktor inilah masyarakat disarankan untuk terus menggunakan pelitup muka seperti biasa walaupun kelonggaran diberi mulai 1 Mei 2022.

"Sebanyak 44 orang daripada 48 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala empat kes lagi dalam Kategori 4. Tidak ada kes dalam Kategori 3 dan Kategori 5 dilaporkan," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055951 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list