CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 598|Reply: 0

Kereta Mercedes mungkin lebih baik untuk GP Miami

[Copy link]
Post time 30-4-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode

PEMANDU Mercedes, Lewis Hamilton sekadar menduduki tempat ke-13 perlumbaan di GP Emilia Romagna di Imola, Ahad lalu.

London: Juara dunia Formula Satu, Mercedes boleh mendapatkan alat ganti untuk mengatasi masalah kereta mudah melantun tepat pada masanya menjelang Grand Prix Miami, minggu depan, kata Pengarah Kejuruteraan Litar, Andrew Shovlin, hari ini.

Mercedes bergelut dengan masalah kereta 'mudah melompat' sejak permulaan musim ini dengan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton ketinggalan 58 mata di belakang pemandu Ferrari, Charles Leclerc selepas empat perlumbaan.

Hamilton sekadar menduduki tempat ke-13 perlumbaan GP Emilia Romagna di Imola, Ahad lalu.

Menerusi saluran YouTube pasukannya, Shovlin berkata, masalah itu memberikan cabaran baharu kejuruteraan yang perlu difahami Mercedes dengan segera.

"Diharapkan dalam masa terdekat, mungkin GP Miami, kami boleh membawa alat ganti ke kereta dan memberi petunjuk sama ada kami mampu bergerak ke landasan sepatutnya," katanya.

"Kami tidak menjangka akan mengatasi masalah ini sekelip mata, tetapi jika mendapat bayangan kami berada pada landasan tepat, kami akan memahami apa sebenarnya berlaku dan sedar untuk menuju ke arah sepatutnya."

Masalah kereta mudah melantun itu menyebabkan pasukan itu menduduki tempat ketiga senarai pengeluar dan memaksa mereka menjadikan kereta lebih tinggi, tetapi menjejaskan prestasi aerodinamik.

Shovlin berkata, banyak kerja dilakukan di kilang untuk memahami masalah itu dan sama ada penyelesaian aerodinamik mampu mengatasinya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... baik-untuk-gp-miami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.402055 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list