CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 580|Reply: 0

Quartararo teruja berlumba di GP Sepanyol

[Copy link]
Post time 30-4-2022 03:53 PM | Show all posts |Read mode

PENUNGGANG Yamaha, Fabio Quartararo meninggalkan bilik sidang media menjelang perlumbaan GP Sepanyol di Litar Jerez. - FOTO AFP

Jerez de la Frontera, Sepanyol: Juara dunia, Fabio Quartararo adalah penunggang berada pada prestasi terbaik apabila perlumbaan sengit MotoGP beralih ke Litar Jerez untuk GP Sepanyol.

Perlumbaan musim ini menyajikan aksi liar dan sukar dijangkakan apabila enam perlumbaan setakat ini dimenangi empat pelumba berbeza.

Quartararo mengenepikan kebimbangan pada awal musim apabila memenangi perlumbaan di Portimao, hujung minggu lalu bersama motosikal Yamaha, yang juga kemenangan pertama penunggang Perancis itu sejak di Silverstone, Ogos lalu.

"Di Portimao, kami bernasib baik kerana litar itu sesuai dengan motosikal kami," kata Quartararo.

Kemenangan itu membolehkannya berkongsi kedudukan teratas dengan pelumba Suzuki, Alex Rins dengan 69 mata iaitu tiga mata di depan penunggang Aprilia, Aleix Espargaro yang memperoleh kemenangan pertama di Argentina, awal bulan ini.

Enea Bastianini yang memenangi dua perlumbaan pada tahun ini mengumpul 61 mata manakala rakan sepasukannya di Ducati, Johann Zarco ketinggalan 10 mata di tempat kelima.

Jelas, Quartararo memiliki perhubungan hebat dengan litar itu.

Dua kemenangan awalnya dalam MotoGP dicapai di Jerez - GP Sepanyol dan Andalusia - berikutan sekatan Covid-19 yang menyaksikan ia diadakan berturutan pada 2020.

Penunggang diberi jolokan 'El Diablo' itu adalah pemegang rekod terpantas pusingan dalam perlumbaan pada 2021 dan masa terbaik bagi petak utama pada 2020. Termasuk pencapaiannya bagi Moto2 pada 2019, dia meraih petak depan di litar itu setiap kali sejak empat tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... umba-di-gp-sepanyol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.077290 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list