CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

[Kedah] Jual mercun secara COD

[Copy link]
Post time 30-4-2022 12:01 PM | Show all posts |Read mode

LELAKI (tengah) ditahan bersama sebahagian mercun dan bunga api. FOTO Ihsan PDRM.

Alor Setar: Kegiatan licik seorang lelaki menjadikan rumah pusaka ibu bapanya di sebuah kampung di Tikam Batu, Sungai Petani, sebagai stor simpanan mercun dan bunga api terbongkar apabila kediaman itu diserbu polis semalam.

Dalam serbuan pada 2.30 petang itu, sepasukan polis dari Bahagian Risikan/Operasi/Rekod Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menemui 65 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM65,000.

Difahamkan, suspek membeli bahan mercun dan bunga api berkenaan sedikit demi sedikit di Bukit Kayu Hitam sebelum menjualnya semula melalui penghantaran dari rumah ke rumah.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, suspek berusia 30-an yang juga penduduk tempatan di kawasan itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Siasatan masih dilakukan dari mana dia memperoleh barangan terbabit dan ini adalah kes pertama membabitkan rampasan mercun yang besar.

"Kita percaya dapat melumpuhkan sindiket menjual mercun dan bunga api di musim perayaan di Sungai Petani," katanya.

Wan Hassan turut mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan lesen menjual mercun dan bunga api kerana mematuhi syarat yang dibenarkan.

"Kita sudah mengarahkan pasukan pemantau Ops Cantas supaya melakukan rondaan dan pemantauan bagi mengelak penjualan mercun secara haram di negeri ini.

"Pada masa sama, polis terus memantau kawasan sempadan bagi memastikan tidak berlaku aktiviti penyeludupan mercun," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-mercun-secara-cod

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054562 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list