CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2012|Reply: 1

Rare gilaa IKAN ASKAR?

[Copy link]
Post time 30-4-2022 09:13 AM | Show all posts |Read mode

GEWANG selaman dalam dan umpan tiruan digunakan untuk bertarung dengan ikan kenerak.

Puas memburu ‘ikan askar’ di Sungai Jelai

DEMI misi menjinak ikan kenerak, sekumpulan pemancing tegar mencabar diri meneroka Sungai Jelai di Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.

Ketua kumpulan itu, Norieman Salleh, 36, berkata, mereka berhajat untuk menguji skil memancing dengan memburu ikan kenerak yang terkenal dengan sifat lasak dan agresif.

Katanya, kenerak atau nama saintifiknya Baharius yarelli turut dikenali sebagai ikan askar kerana mempunyai corak badan yang berceloreng.

“Spesies ikan ini gemar berada di kawasan berarus deras, terutamanya jeram yang berbatuan.

“Amat jarang sekali ia berada di kawasan aliran air tenang,” katanya kepada K2 baru-baru ini.

Norieman berkata, struktur habitatnya di kawasan jeram berbatuan berarus deras serta sifatnya yang agak agresif menjadikan pengalaman memancing ikan tersebut amat mencabar dan menyeronokkan.

Tambah beliau, ikan ini juga unik kerana ia hanya boleh ditemui di kawasan pedalaman Pahang dan Kelantan.

“Salah satu lubuk ikan kenerak di Semenanjung Malaysia ialah Sungai Jelai yang terletak berhampiran Kampung Mela, Kuala Lipis.

“Pada satu ketika, kita boleh menangkap ikan kenerak di sungai negeri Terengganu, namun ia dikatakan pupus berikutan kewujudan Empangan Kenyir pada 1986,” ujarnya.

Norieman berkata, empangan itu menyebabkan arus Sungai Terengganu di bahagian hulu menjadi perlahan, sekali gus tidak sesuai lagi sebagai habitat spesies tersebut.


PERMAINAN berentap dengan ikan kenerak memberi kepuasan kepada kaki pancing. – Putqra Hairry Rosli

Dalam misi memburu kenerak di Sungai Jelai, beliau memberitahu, teknik casting iaitu lemparan joran menggunakan umpan tiruan digunakan.

“Saya dan kawan-kawan memilih untuk memburu ikan kenerak di bawah Jambatan Gemuncur yang terdiri megah di tengah-tengah Sungai Jelai.

“Kami percaya bahagian bawah, terutama tiang pasak jambatan tersebut merupakan lubuk kenerak,” katanya.

Norieman memberitahu, mereka menaiki bot sebelum berhenti di tengah-tengah sungai berhampiran Jambatan Gemuncur.

Jelasnya, bot disauh di tengah sungai bagi membolehkan umpan tiruan dapat dilempar sedalam mungkin ke dasar sungai.

“Ikan kenerak mempunyai tabiat suka ‘menepek’ di dasar sungai.

“Oleh itu, gewang selaman dalam digunakan.

“Ia boleh dilempar sehingga kedalaman 8 meter ke dasar sungai bagi memudahkannya dilihat ikan kenerak,” katanya.

Norieman berkata, ‘permainan’ melayan ikan kenerak yang mengarau gewang amat mengasyikkan.

Tambahnya, bukan mudah untuk menjinakkan ikan kenerak yang sangat agresif di dalam arus deras tersebut.

“Ramai pemancing tertewas, dapat seekor pun sudah cukup mengujakan diri.

“Ia pasti dibawa pulang untuk dimasak asam pedas, asam rong atau masak tempoyak yang dinikmati dengan penuh kepuasan,” katanya

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... ar-di-sungai-jelai/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam ikan bandaran jer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068939 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list