CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2892|Reply: 0

Memburu jam antik di benua Eropah

[Copy link]
Post time 30-4-2022 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Memburu jam antik di benua Eropah


Antara koleksi jam granddaughter clocks dikumpul Marinah ketika berada di UK. - Foto ihsan Marinah

MINAT mengumpul pelbagai jenis jam antik atau klasik ada berusia 200 tahun membuatkan dalam kalangan penggemarnya berkelana ke seluruh dunia untuk mendapatkannya.

Keterujaan terhadap rekaan jam antik mantel lazimnya seperti diperbuat daripada kayu nampak ampuh, berfungsi secara mekanikal dan paling istimewa bunyi dentingan memberikan kepuasan kepada peminatnya.

Jadi tidak mustahil ia menjadi buruan dan ada sanggup berhabisan puluhan

ribuan ringgit semata-mata mendapatkan koleksi unik.


Lantas inilah mendorong Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Marinah Muhammad, mengembara ke seluruh Eropah bagi memenuhi impiannya mendapatkan pelbagai koleksi jam antik mantel yang jarang dan mempunyai nilai sentimental tersendiri.

Jejaki jam antik di UK

Pengalamannya menjejak jam antik bermula apabila mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang matematik di University of Southampton, United Kingdom (UK), pada 5 Januari 2015.


Marinah (dua dari kanan) bersama keluarga bersama jam berusia 200 tahun keluaran British.

Peluang menyambung pelajaran di negara itu tidak disia-siakan dengan membeli koleksi jam antik bernilai tinggi untuk dibawa pulang.

Minat mengumpul jam antik bermula apabila seorang rakan seperjuangan dalam pengajian sama menghadiahkan sebuah jam antik mekanikal buatan British. Saya amat teruja dengan keunikan, rekaan dan bentuk jam itu.

Bermula detik itu, setiap kali ada masa terluang saya akan mencari maklumat mengenai jam antik di internet. Saya mula tahu ada pelbagai jenis jam antik buatan British dan Eropah ada di pasaran antik di seluruh dunia yang bernilai tinggi.

Anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan ini dan suaminya, Mohd Borhan Mat Ail, pasangan serasi apabila berkongsi minat sama mengumpul pelbagai koleksi jam klasik keluaran British dan Eropah.

Peluang mempelajari dan mendalami mengenai jam antik banyak mempengaruhi mereka dalam misi menjejaki jam yang mungkin kurang nilainya bagi sesetengah penduduk di England.

Kumpul lebih 50 koleksi jam mantel

Kebanyakan penduduk England juga mempunyai jam diwarisi daripada nenek moyang mereka.

Pencarian Marinah bermula di sekitar Southampton, selain ke hampir semua bahagian selatan dan timur England.

"Sepanjang dua tahun kami menjejaki jam antik di England pelbagai jenis koleksi dikumpulkan antaranya ialah 52 jam mantel, 12 jam dinding, tiga 'grandfather clocks', lima 'grandmother clocks' dan lima 'granddaughter clocks'.


Koleksi jam grandfather clocks dan ‘grandmother clocks yang dikumpul sepanjang dua tahun di UK. - Foto ihsan Marinah

"Koleksi jam antik berusia 200 tahun menjadi kesayangan saya. Model itu dikeluarkan pada tahun 1826, iaitu jam mantel atau jam rak lama keluaran British yang tidak diketahui jenama dan pengeluarnya.

"Bunyi dentingannya sangat unik dan jam itu masih berfungsi dengan baik kerana pemilik asalnya seorang pesara lelaki berusia 82 tahun menjaganya dengan rapi.

"Jam itu diwarisi daripada moyangnya, namun diberikan kepada kami selepas pesara itu merasakan jam itu tidak sesuai dengan konsep hiasan dalam selepas melakukan pengubahsuaian kediamannya," kongsinya.

Minat dan kepakaran disatukan

Pengalaman Marinah dalam kajian bidang sains sosial sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dipraktik sepenuhnya ketika menjejak jam antik ini.

Dengan itu masa dan tenaga digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan jam antik dan mengumpul data berkaitannya.

Aktiviti menjejak jam antik ini dianggap sebagai aktiviti pengumpulan data dalam penyelidikan sains sosial yang membabitkan temubual bersama pemilik asal jam sebelum ia bertukar tangan kepada beliau.

Disebabkan itu, setiap jam yang ada dalam koleksi kami ini ada ceritanya tersendiri. Selain data sosial, data lokasi juga saya ambil bagi membolehkan analisis taburan spatial bagi jam antik ini dapat dijalankan.


Mohd Borhan (kiri) membeli jam antik ketika berada di England. - Foto ihsan Marinah

Secara tidak langsung, saya menggabungkan minat dan kepakaran melalui aktiviti yang sangat menyeronokkan sepanjang kembara PhD ini.

"Pengalaman dan kisah ini saya akan tulis dalam sebuah buku dan akan menjadi bahan ilmiah yang sangat tinggi nilainya suatu hari nanti.

"Melalui buku ini dan dapatan analisis data yang dikumpul juga dapat dikongsi, sekali gus menjawab segala persoalan kenalan dan rakan mengapa saya mengumpul jam.

"Mungkin jiwa matematik yang tebal dalam diri menyebabkan jam antik ini digambarkan sebagai satu seni bernombor yang sangat mahal dan tinggi nilai estetika," jelasnya.



Sumber:https://www.bharian.com.my/hujun ... tik-di-benua-eropah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.070140 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list