CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 1

[Pulau Pinang] Tukang rumah hadapi 6 pertuduhan bersetubuh, amang seksual anak tiri

[Copy link]
Post time 29-4-2022 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Tukang rumah hadapi 6 pertuduhan bersetubuh, amang seksual anak tiri

Oleh Nur Izzati Mohamad - April 29, 2022 @ 2:42pm  bhnews@bh.com.my

BUTTERWORTH: Seorang tukang rumah didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini, atas enam pertuduhan kerana melakukan persetubuhan dan amang seksual terhadap anak perempuan tirinya antara Januari 2020 hingga minggu lalu.

Tertuduh, 35, yang juga seorang mualaf mengaku salah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Norhayati Mohd Yunus dan Noor Aini Yusof.

Berdasarkan pendakwaan, tertuduh berdepan tiga pertuduhan melakukan persetubuhan terhadap anak perempuan tirinya berusia 11 tahun di sebuah rumah di Bandar Perai Jaya, di sini antara Januari 2020 hingga 23 April tahun ini.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan.

Tertuduh juga didakwa atas tiga lagi pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman dan Muhamad Syeqal Che Murat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan kes akan disebut semula 30 Mei depan sementara menunggu laporan perubatan, laporan psikiatri dan laporan pusat temubual kanak-kanak (CIC).

Dalam pada itu, isteri tertuduh yang juga ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan berkenaan turut didakwa atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan emosi.

Tertuduh, 40, mengaku salah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norhayati, yang mana yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes akan disebut semula 31 Mei depan sementara menunggu laporan psikiatri mangsa.




Seorang tukang rumah berdepan enam pertubuhan lakukan persetubuhan dan amang seksual terhadap anak tirinya di Mahkamah Sesyen Butterworth. Turut didakwa isterinya kerana mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan emosi. - NSTP/Danial Saad










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2022 03:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.057120 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list