CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 998|Reply: 2

'Ayam Bakar Memang Begini Rupanya' - Peniaga Cuba Elak Ganti Ayam Tak Masak

[Copy link]
Post time 28-4-2022 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Berniaga bukan sekadar untuk meraih pendapatan semata-mata, sebaliknya perlu disertai keikhlasan dan nawaitu yang betul agar rezeki lebih berkat.


Sejak awal Ramadan, kerancakan bazar-bazar di seluruh negara sememangnya dirindui lebih-lebih lagi selepas dua tahun ia menjadi larangan berikutan penularan Covid-19.




Gambar hiasan/ Kredit foto: Afiq Halid




Namun, di sebalik kerancakan suasana tersebut, boleh dikatakan saban hari kita dihidangkan dengan perkongsian kurang menarik daripada netizen mengenai kualiti makanan yang dijual.


Begitu juga halnya dengan seorang pelanggan ini yang berkongsi kisah malang apabila ayam bakar yang dibelinya kurang masak selain berbau busuk.


Menurut Muhamad Harris Nasril, disebabkan mahu menuntut hak sebagai seorang pengguna, dia kembali ke gerai berkenaan pada keesokan harinya dan bersemuka dengan peniaga makanan terbabit.








Bagaimanapun menurut Muhamad Harris, jawapan yang diberikan oleh peniaga tersebut selepas itu sedikit mengecewakannya.


Seolah-olah mahu mengelak apabila terpaksa memberi ganti rugi, peniaga berkenaan berkata tekstur dan warna daging ayam bakar sememangnya seperti gambar yang ditunjukkannya.


Namun Muhamad Harris berkata, dia menegaskan kejadian ayam berbau itu adalah kali pertama berlaku sejak beberapa kali dia membeli juadah yang sama daripada peniaga berkenaan sebelum ini sehingga terpaksa dibuang semua.


Dengan wajah yang jelas seperti tidak berpuas hati, Muhamad Harris berkata dia sekali lagi diminta untuk menunggu seketika sementara ayam siap dibakar dan diberi sebagai ganti rugi.


Beberapa ketika menunggu, akhirnya peniaga tersebut menyerahkan seekor ayam bakar kepadanya sebagai ganti.








Perkongsian kisah tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dengan rata-ratanya memuji kesabaran pelanggan berkenaan.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 05:51 PM | Show all posts
bila viral, monyet2 kt pesbuk kecam kata nk tutup periuk nasi peniaga
bila direct jumpa peniaga, cmni lah yg dia dapat
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2022 12:13 PM | Show all posts
semakan terkena jugak kat bazaar. beli ayam kg salai masak lemak. rm 10 seketul. bila balik pahit rasanya. iols syak dia tak salai, maybe dia bakar pakai api besar tu. janji ada hitam2 terus dia label as salai. tak makan pun..xleh makan sbb pahit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.516028 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list