CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 3

[Kedah] Tunggu polis pi kutip hang pa

[Copy link]
Post time 28-4-2022 01:42 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar dari video tular memaparkan kejadian pelajar lelaki dibelasah sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah di Langkawi. GAMBAR TULAR

Langkawi: Bukan sahaja diterajang dan ditumbuk, seorang pelajar lelaki turut dipijak beramai oleh rakan sekelas dalam pergaduhan di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.

Video pergaduhan itu berdurasi 25 saat itu tular media sosial memaparkan tindakan sekurang-kurangnya lapan pelajar mengepung seorang pelajar lain sebelum mereka beramai-ramai bertindak menumbuk, menendang dan menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum memijaknya beramai-ramai.

Malah mangsa yang terbaring di lantai kemudian turut dihentak dengan meja oleh salah seorang pelajar terbabit.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, video berkaitan kejadian itu dipercayai dirakam salah seorang pelajar dalam kelas itu.

"Satu laporan polis diterima daripada mangsa pada hari ini dan semakan lanjut mendapati kejadian berlaku pada jam kira-kira 9 pagi semalam di sebuah kelas di sekolah berkenaan.

"Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham antara pelajar terbabit. Mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) sebaik laporan polis dibuat dan pemeriksaan doktor mendapati tiada kecederaan fizikal setakat ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shariman berkata, semua suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan sudah dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... is-pi-kutip-hang-pa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2022 11:54 PM | Show all posts
dah kena tahan. padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 11:55 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 28-4-2022 11:56 PM

orang sibuk nk beraya, korang duduklah dlm lokap.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 11:57 PM | Show all posts
Belasah rakan sekolah, 13 pelajar ditahan

Oleh Hamzah Osman - April 28, 2022 @ 5:41pm bhnews@bh.com.my




Kejadian sekumpulan pelajar membelasah rakan di sebuah sekolah menengah di sini, tular di media sosial. Foto ihsan pembaca




LANGKAWI: Polis menahan 13 pelajar lelaki hari ini, bagi membantu siasatan kes pergaduhan di dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata semua suspek berusia 16 tahun adalah pelajar Tingkatan Empat sekolah terbabit.

"Susulan laporan polis dibuat mangsa pagi tadi, seramai 12 suspek ditahan pada jam 12.30 tengah hari, manakala seorang lagi ditahan pada jam 3 petang tadi.

"Ketika ini, rakaman percakapan ke atas semua suspek sedang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesahkan kejadian pergaduhan itu selepas mangsa berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat memaparkan tindakan sekumpulan pelajar mengepung pelajar lain sebelum mereka beramai-ramai bertindak menumbuk, menendang dan menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum memijaknya beramai-ramai.

Malah mangsa yang terbaring di lantai kemudian turut dihentak dengan meja oleh seorang daripada pelajar terbabit.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.065862 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list