CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 0

[Sabah] Tiada Sambutan, Hanya 2 Penerima Dos Penggalak Ke-2 Di Sabah

[Copy link]
Post time 27-4-2022 09:21 PM | Show all posts |Read mode


Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin, berkata pengaruh berita palsu berhubung vaksinasi juga mungkin punca kadar pengambilan dos penggalak sangat rendah.

KOTA KINABALU: Hanya dua individu di Sabah yang mendapatkan dos penggalak kedua sejak program itu dimulakan Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin, berkata sambutan sangat rendah itu dipercayai berpunca daripada rasa senang individu yang melengkapkan dua atau tiga dos vaksin, termasuk dos penggalak.


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Selain itu, katanya, pengaruh berita palsu berhubung vaksinasi juga mungkin punca kadar pengambilan dos penggalak sangat rendah.

“Hanya dua orang yang diberi dos penggalak kedua…sangat rendah. Malah, data penerima dos penggalak pertama di Sabah juga hanya 33%…juga masih rendah. Harapan kita, prestasi ini akan meningkat selepas ini,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Beliau berkata, analisis kematian di Sabah dari 1 hingga 16 Jan 2022 mencatatkan 330 kematian, dengan 265 kes atau 80% daripada jumlah itu mempunyai komorbid.

Lebih malang lagi, katanya, 55% atau 180 daripada 265 kes itu tidak pernah menerima vaksin.

“Maksudnya di sini, daripada 265 kematian dalam kalangan kes yang mempunyai komorbid, sebahagian daripada mereka tidak pernah mendapatkan vaksin hingga menyebabkan kematian, manakala 15 kes lagi tidak menerima dos penggalak.

“Sebab itu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menggalakkan golongan berisiko 60 tahun ke atas, golongan ada komorbid dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit kurang imun mendapatkan vaksin dan dos penggalak.”

Sebanyak 255 pusat pemberian vaksin di seluruh Sabah yang terdiri daripada hospital, klinik dan PPV “outreach” menyediakan vaksin, termasuk dos penggalak, selain boleh membuat janji temu atau “walk-in”. – FMT


sabahpost.net/2022/04/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.070263 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list