CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 565|Reply: 0

[Sabah] Perintah Berkurung ESSZone Dilanjutkan Hingga 10 Mei – Polis

[Copy link]
Post time 27-4-2022 09:19 PM | Show all posts |Read mode


LAHAD DATU : Pelaksanaan perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan hingga 10 Mei ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata perintah dari pukul 6 petang hingga 6 pagi itu membabitkan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

“Penduduk yang tinggal di kawasan terlibat dikehendaki berada di rumah, manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki (atau berada) di kawasan tersebut dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata perintah itu diteruskan bagi memastikan perairan terbabit tidak diceroboh pengganas sekali gus mengancam keselamatan penduduk serta penyelidik antarabangsa dan pelancong asing di kawasan berhampiran.

“Maklumat mendapati kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk mendapatkan tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan lain,” katanya.

Idris berkata perintah berkurung juga akan memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot dan menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada penduduk dengan kehadiran pasukan keselamatan.

Beliau juga berkata Ketua Polis Daerah di ESSzone diberi kuasa mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi aktiviti perikanan atau keperluan mendesak lain untuk bergerak di kawasan terbabit – BERNAMA


sabahpost.net/2022/04/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.460619 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list