CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

[Sabah] Penduduk perlu peka, elak Lupa, Lalai, Leka (3L) punca kebakaran

[Copy link]
Post time 27-4-2022 09:05 PM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Farhan menyampaikan sumbangan alat pemadam api kepada komuniti di Kampung Numbak, sempena Kempen Keselamatan Kebakaran.

KOTA KINABALU: Penduduk serta orang ramai dinasihatkan untuk lebih peka dan mengelakkan sindrom 3L iaitu lupa, lalai dan leka sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata kebanyakan kes kebakaran adalah berpunca dari kecuaian serta sindrom 3L sehingga memusnahkan harta benda.

“Sentiasa peka dan beringat ketika menggunakan peralatan elektrik atau pun peralatan dapur memasak, langkah-langkah pengawasan, pencegahan dan pelindungan dari kebakaran perlu diambil perhatian serius.

“Pepasangan dan perkakasan eletrik perlu diguna dengan betul dan selamat serta bebas daripada kerosakan.

“Orang ramai juga perlu membuat pemeriksaan terhadap pendawaian lama yang berpotensi berlakunya litar pintas,” katanya semasa menyempurnakan Kempen Keselamatan Kebakaran Hari Raya Aidilfitri 2022 yang diadakan di Kampung Numbak di sini.

Bercakap lanjut katanya, masyarakat juga disarankan supaya melengkapi rumah dengan sekurang-kurangnya satu unit alat pemadam api mudahalih.

“Tindakan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi menangani kebakaran kecil atau peringkat awalan dengan cepat dan berkesan.

“Masyarakat juga digalakkan untuk memasang alat pengesan asap mudahalih yang berperanan memberi amaran awal kebakaran.

“Dengan adanya tindakan awal ini mampu mengurangkan kejadian kebakaran sepanjang tempoh perayaan terutamanya,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata berdasarkan statistik keseluruhan panggilan kecemasan bagi tahun 2020 dan 2021, jumlah keseluruhan panggilan kecemasan meningkat sebanyak 35.21 peratus bersamaan 12,077 panggilan.

“Peningkatan itu bagaimanapun disebabkan oleh faktor pertambahan panggilan bagi tugas-tugas khas operasi sanitasi awam yang dilaksanakan di seluruh Sabah.

“Pecahan bagi panggilan kebakaran pada 2021 pula menurun sebanyak 43.32 peratus iaitu sebanyak 1,655 berbanding tahun 2020 iaitu 2,920 jumlah panggilan,” katanya.

Beliau berkata baru-baru ini juga berlaku kejadian kebakaran penempatan atas air di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu dengan berita menyayat hati kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun.

“Perkara ini yang sangat tidak diingini berlaku dan seharusnya dielakkan di masa akan datang. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

“Oleh itu dalam kempen kali ini, JBPM juga amat menggalakkan penglibatan kanak-kanak untuk memberi pendedahan dan seterusnya memberi kesedaran kepada semua peringkat masyarakat,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062287 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list