CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Kedah] Jangan keluar lesen balak, kuari pasir – Penduduk

[Copy link]
Post time 27-4-2022 02:50 PM | Show all posts |Read mode

ALIF Aiman Azman (tiga dari kiri) menyerahkan petisyen Save Gunung Raya Langkawi kepada Pegawai Daerah Langkawi,  Datuk Abdul Gafar Yahya di Pejabat Daerah dan Tanah, Langkawi, Keda, hari ini. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN


LANGKAWI: Penduduk di pulau ini mendesak kerajaan negeri tidak mengeluarkan lesen pembalakan dan kuari pasir di Gunung Raya, di sini.

Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Muda Langkawi, Alif Aiman Azman berkata, kelulusan lesen pembalakan dan kuari pasir di kawasan itu dibimbangi menjejaskan status geotapak pulau itu yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Katanya, ekosistem flora dan fauna yang terdapat di gunung juga terancam apabila terdapat aktiviti tersebut  di kawasan gunung itu.

Sehubungan itu, katanya,  pihaknya mengadakan satu petisyen ‘Save Gunung Raya Langkawi’  bagi mengumpulkan tandatangan penduduk yang tidak bersetuju dengan kegiatan pembangunan di kawasan tersebut.

“Hari ini, kami menyerahkan petisyen ‘Save Gunung Raya Langkawi’ yang kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor melalul Pejabat Daerah Langkawi yang telah mendapat 13,560 tandatangan seluruh Langkawi,” katanyaselepas menyerahkan petisyen tersebut kepada Pegawai Daerah, Datuk Abdul Gafar Yahya di pejabatnya di sini, hari ini.

Alif Aiman berkata, petisyen tersebut yang dilakukan secara dalam talian sebelum ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada  penduduk Langkawi yang prihatin terhadap kawasan gunung tersebut.

“Pejuang Muda Langkawi percaya ramai  penduduk setempat di pulau itu yang bimbang berlaku ancaman terhadap Gunung Raya selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, walaupun sebelum ini Menteri Besar Kedah  menyatakan pada sidang DUN tiada lesen pengeluaran kayu balak dan kuari pasir di Gunung Raya, namun petisyen tersebut tetap dibuat bagi menjadi peringatan supaya tiada aktiviti pembalakan di Gunung Raya di Langkawi. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... ari-pasir-penduduk/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.154240 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list