CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1681|Reply: 18

[Tempatan] Dakwaan raya awal tidak tepat

 Close [Copy link]
Post time 27-4-2022 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dakwaan raya awal tidak tepat

Ilah Hafiz Aziz
[email protected]
April 26, 2022 @ 11:19pm



KUALA LUMPUR: Balai Cerapan Al-Khawarizmi hari ini menafikan bahawa sambutan Aidilfitri akan disambut pada 2 Mei atau Isnin depan, seperti tular sejak pagi tadi.

Agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka dalam satu kenyataan di Facebook berkata, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan.

Katanya, kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab).

"Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443H di lokasi yang sudah ditetapkan di seluruh Malaysia dan hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443H. Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja," katanya.

Orang ramai hari ini mula berkongsi tangkap layar perkongsian yang mendakwa sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan disambut sehari lebih awal iaitu pada Isnin depan, berbeza dari kalendar yang ditetapkan.

Ia turut meminta orang ramai melakukan persediaan untuk mengelakkan sebarang kejadian panik jika sambutan perayaan itu disambut lebih awal.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
raya pun nk gelabah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Plan nak balik kg Isnin pg, kena tukarlah jd Ahad pg.  Arab Saudi puasa awal sehari hari tu, jd kalau raya Isnin, dia puasa 30 hari, kita puasa 29 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
eizarz replied at 27-4-2022 07:42 AM
raya pun nk gelabah

mestilerrr..nak memasak bagai..kalau blh sab2 ahad nak lepaking lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:02 AM | Show all posts
pernah berlaku sebelum ni di Perak dan Johor. Raya awal sehari dari negeri lain
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tengok cerita raya tak jadi kat netflix semalam. Tengok dalam 30 mins pastu terlelap dah.

Anyway pakar2 falak kat Tanahair sila beri pencerahan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2022 08:08 AM | Show all posts
cap_ayam replied at 27-4-2022 08:05 AM
Baru tengok cerita raya tak jadi kat netflix semalam. Tengok dalam 30 mins pastu terlelap dah.

Any ...

Saiful Apek berlakon tu ek?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Puasa kurang 1 hari xpa... Umat malaya x marah sgt.  Tp jgn puasa terlebih 1 hari.. Mau mengamukkkkk umat
malaya...kekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 27-4-2022 08:02 AM
pernah berlaku sebelum ni di Perak dan Johor. Raya awal sehari dari negeri lain

Mmg, itu dulu krn solely ikut rukyah.  Jadi masing2 tercongok dpn TV ikut pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja2.  Kalau decide esok raya, mlm tu lah kena masak bagai.

Tapi lepas tu Msia, Spore, Brunei sepakat ikut rukyah + hisab.  Jadi dah kira siap2 masuk kalendar.  Jd mmg apa yg dlm kalendar, itulah yg terjadi.

Tapi tahun ni lain sikit krn Arab Saudi puasa sehari awal.  X reti sgt psl anak bulan ni.  Kalau anak bulan nampak kat negara dia, jadi patut applicable satu dunia atau negara masing2 stick to apa yg nampak kat negara sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:29 AM | Show all posts
ulamalu replied at 27-4-2022 08:21 AM
Mmg, itu dulu krn solely ikut rukyah.  Jadi masing2 tercongok dpn TV ikut pengumuman Penyimpan Moh ...

agreed. takper kita tunggu pengumuman Hari Raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Agak2 baju raya warna apa dia pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:38 AM | Show all posts
punya la tak puas raya 2 tahun before ni kheennn

sampai tahun ni punya raya nak diawalkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul je apa ditulis tu.. katanya standby awal sbb MUNGKIN Raya Hari isnin. Bukan dia tulis Raya pasti Hari isnin. Explanation seterusnya tu pun tak salah. So bukan feknius pun kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 27-4-2022 08:08 AM
Saiful Apek berlakon tu ek?

Ha.. kelakar la jugak .. Saiful Apek jadi abang Johan. Arwah Noreen Noor jadi isteri penyimpan mohor besar tapi keletihan terlelap jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 27-4-2022 08:21 AM
Mmg, itu dulu krn solely ikut rukyah.  Jadi masing2 tercongok dpn TV ikut pengumuman Penyimpan Moh ...

Ye pasal takde kesepakatan lah tarikh hijrah lain2 macamlah bulan kita ada banyak.. bumi ni ada satu je pun bulannya

Ni tok arab la ikut kepala sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 27-4-2022 08:02 AM
pernah berlaku sebelum ni di Perak dan Johor. Raya awal sehari dari negeri lain

Yg tu bila disiasat geng buat lemang tu tak posa bkn raya 1hari awal. Kantoi busuk depa tu haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut kepenatan tiba2 kena masak juadah malam raya better siapkan skrg je juadah mcm rendang bagai tu pastu frozenkan jela.
Kuah kacang, kuah laksa ke apa semua boleh difrozenkan.
Kawan iols dh siap awal rendang utk bawak balik kg. Sbb dia malas nak masak kat kg.
Ok gak kadang masak kat dapur org tiba tak menjadi bagai.
Iols pun kalau mcm kek ke apa pun buat sesiap kt umah sendiri tak suka nak masak kt kg sbb oven sana kecik dan iols tak biasa ngn suhu dia.
Penah dulu2 siap bawak balik oven sendiri lagi blk kg.
La ni tak koser la sebolehnya nak bawak sikit je barang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kiralah raya bila pon. Aku balik kampung bukan nak berjalan raya sangat pon. Nak balik jumpe family je. Last ari tu balik bulan 1. Tu pon dah jumpe ramai sedara mara
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Menggelupur lagi order lemang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.478967 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list