CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1481|Reply: 13

[Tempatan] Edisi fikir tembolok sendiri saja: Majikan cadang Potong Gaji kalau BDR!

[Copy link]
Post time 25-4-2022 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Wajar potong gaji jika bekerja dari rumah, kata MEF





Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan, mendakwa ada pekerja bersetuju gaji mereka dipotong sekiranya memilih bekerja dari rumah.

PETALING JAYA: Pekerja memilih untuk bekerja dari rumah (BDR) wajar diberikan gaji lebih kecil, termasuk memotong elaun perjalanan, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan, mendakwa ada pekerja yang bersetuju dengan langkah berkenaan susulan bekerja dari rumah sudah menjimatkan kos pergi dan balik dari tempat kerja.

“Sebenarnya ada berbagai-bagai pendapat mengenai sama ada wajar BDR itu dibayar lebih kecil, tetapi banyak syarikat kata kalau ada pengurangan, ia tidak harus banyak iaitu antara 10 hingga 12%.“Ini dilakukan sebab faktor tertentu di mana kalau kita lihat ada sesetengah syarikat memberikan elaun pergi dan balik bekerja.


“Maknanya, elaun perjalanan tidak harus diteruskan jika pekerja bekerja dari rumah. Ada pekerja memilih gaji kurang apabila dibanding dengan ulang alik tempat kerja dimana kos boleh dikurangkan, itu antara faktor diambil jika mereka boleh turunkan gaji pekerja dari rumah,” katanya menurut laporan Awani.Bagaimanapun, beliau mengakui ada pihak melihat gaji pekerja BDR tidak wajar dikurangkan kerana mereka bekerja seperti biasa seperti yang berada di pejabat.

“Namun, pada akhirnya, perkara itu bergantung kepada pilihan pekerja itu sendiri sama ada untuk menerima potongan elaun tertentu dan bekerja dari rumah atau memutuskan untuk mengeluarkan kos perjalanan dan bekerja di tempat kerja,” katanya.Mengikut tinjauan MEF, tidak ramai majikan yang mahu meneruskan amalan BDR atau secara hibrid.

“Ini bermakna, apabila kita memasuki fasa peralihan ke endemik ini, kebanyakan majikan memilih untuk beroperasi dari tempat kerja. Namun, jika pekerja bekerja dari rumah tidak bermakna mereka boleh menurunkan produktiviti mereka dan seharus sebaliknya,” katanya.

sumber: fmt

syed saddiq pulak balas balik kat twitter



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
i sampai hari ni masih wfh.. lepas raya baru nak masuk ofis.. lagipun sekarang hibrid so masuk ofis 2 hari seminggu je
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 07:01 PM | Show all posts
sokong dan ganti dengan elaun elektrik elaun internet
elaun kacau ganggu malam
elaun kacau ganggu hujung minggu
elaun air
elaun lunch elaun bfast
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 25-4-2022 07:01 PM
sokong dan ganti dengan elaun elektrik elaun internet
elaun kacau ganggu malam
elaun kacau ganggu hu ...

Betul..selama ni duk guna hp sendiri kot utk urusan keje..98%
Bil letrik, bil internet, printer, malam2 wknd pun sibuk nk meeting.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Elaun perjalanan tu ade lg ke sbnrnye? Setau aku kalau drebar bawak lori mmg diorg ada elaun based on mileage
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 12:06 AM | Show all posts
Elaun parking ganti dengan elaun bayar wifi, letrik, bil telefon. Ewah2 banyak cantik semua staf kena tanggung. Dah tu kacau sampai lepas office hour, weekend pun kacau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2022 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Shamsudin bardan ni xde anak kerja mcm rakyat marhaen ke..atau semua anak2 die dh ade elain tetap puluh ribu sebln
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
shamsudin bardan ni ada company ka? nak tau gak background org camni... sbb tgk rupa cam buruh indon jer... takde aura corporat pun...

dia ni bole masuk.list majikan kukubesi ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 25-4-2022 07:01 PM
sokong dan ganti dengan elaun elektrik elaun internet
elaun kacau ganggu malam
elaun kacau ganggu hu ...

Yeahh setuju..bil letrik iols melambung tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:25 AM | Show all posts
Aku pernah tanya bos.. boleh claim internet ngan electric tak dia kata boleh tapi aku tak claim pun.. walau pun bil letrik naik 30%
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Company aku bagi elaun internet untuk beberapa bulan je pastu yilek. Kejadah nak potong gaji? Apa ingat internet, elektrik, air kat rumah tu free ke? Tu belum lagi semenjak wfh ni suka2 je arrange meeting petang2 sampai terlajak waktu kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 09:46 AM | Show all posts
Kegoblokkan apakah ini.....
Dah tu internet, karen bayar pakai daun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:50 AM | Show all posts
dah tau nak bayar letrik internet lagi mahal, opt je la wfo..
tak susah pun..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Elaun kete yg 4 ribu sebulan Tu cemane nak ejas Tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.454998 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list