CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Kedah] Kereta mengundur gilis kanak-kanak, polis ambil keterangan keluarga

[Copy link]
Post time 25-4-2022 03:26 PM | Show all posts |Read mode

LOKASI kejadian mangsa terperosok bawah kereta selepas berlanggar sebatang pokok di kawasan rumah terbabit.

Baling: Polis mengambil keterangan ahli keluarga kanak-kanak perempuan maut digilis kereta ahli keluarganya yang mengundur secara tiba-tiba di Kampung Keledang, Kuala Ketil di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya hanya mengambil kenyataan beberapa ahli keluarga mangsa sejurus kejadian.

Menurutnya, siasatan kes berkenaan dianggap selesai dan kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang akan menentukan sama ada kes akan dituduh di mahkamah atau sebaliknya.

"Tidak tahan (ahli keluarga), polis hanya rakam kenyataan mereka sahaja. Kita juga sudah selesai siasatan dan rujuk kes kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan dan keputusan lanjut," katanya.

Dalam kejadian pada 2 petang itu, Aisyah Amani Amirrudin, 10, yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tawar terperosok di bawah kereta keluarganya yang mengundur secara tiba-tiba.

Sebelum itu, mangsa yang bermain di dalam kereta itu bersama adiknya secara tidak sengaja terlepas brek tangan menyebabkan dia meluru keluar dan cuba menahan kenderaan itu daripada berundur menyebabkan dirinya digilis.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di hadapan dua kakak, adik lelaki dan bapa saudaranya yang kemudiannya cuba membantu mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah kereta.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat pendarahan di kepala, selain tulang tengkorak pecah kerana digilis kereta berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... keterangan-keluarga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062035 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list