CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Kedah] Kuala Muda catat kematian tertinggi kemalangan jalan raya

[Copy link]
Post time 25-4-2022 02:58 PM | Show all posts |Read mode

AZMAN Nasrudin (kiri) merasmikan pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Kedah di Lorong Che Det, Pekan Rabu. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Tiga daerah di negeri ini mencatatkan kadar kematian tertinggi akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu.

Exco Pengangkutan Kedah Azman Nasrudin berkata, sebanyak 18,414 kes kemalangan jalan raya dengan jumlah kematian 406 kematian direkodkan di negeri itu pada tahun lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Kedah berkata, antara daerah yang mencatatkan kemalangan maut tertinggi adalah Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim.

"Selain itu, daerah Kuala Muda juga menjadi antara tiga daerah merekodkan kes kematian tertinggi dengan 90 kes kematian, diikuti Kulim dengan 65 kes dan Kota Setar sebanyak 61 kes.

"Indeks kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar untuk Kedah pula adalah sebanyak 2.76 peratus," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika sidang media selepas majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu bersempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kedah di Lorong Che Det di sini, hari ini.

Sementara itu, Azman berkata, jumlah direkodkan menunjukkan satu indikatif bahawa kadar literasi keselamatan jalan raya dalam komuniti jalan raya masih membimbangkan dan usaha advokasi memerlukan kerjasama erat pelbagai pihak.

Menurutnya, purata 68 peratus daripada kes kemalangan pula membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

"Sehubungan itu, kempen keselamatan jalan raya dipergiatkan oleh semua pihak di negeri ini yang berganding bahu bersama MKJR Kedah bagi mengingatkan pengguna kepada bahaya akan kelalaian ketika memandu," katanya.

Azman berkata, bilangan kenderaan masuk ke Kedah juga dijangka mencecah 1.4 juta tahun ini berikutan masyarakat sudah dua tahun tidak dapat beraya akibat Covid-19.

"Kita faham rakyat sudah dua tahun tidak boleh pulang beraya namun pastikan memandu dalam keadaan berhemah dan berhati-hati untuk sampai ke rumah orang disayangi dengan selamat," katanya.

"Semua pengguna jalan raya yang ingin pulang bercuti bersempena Aidilfitri dinasihatkan supaya berehat dahulu sekiranya letih sebelum meneruskan pemanduan.

"Sekiranya pengguna melakukan konvoi untuk pulang, pastikan supaya tidak mengikuti kenderaan terlalu dekat dan memandu dalam jarak ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah Abdul Rahman Emang Anyie berkata, JPJ Kedah akan memeriksa bas ekpres di negeri ini dalam usaha memastikan keselamatan pengangkutan awam itu sempena Aidilfitri.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat pemeriksaan dari aspek teknikal bas dan pemandu sendiri, malah turut meletakkan pegawai JPJ untuk melakukan penyamaran di dalam bas ekpres bagi mengesan sebarang kesalahan sepanjang perjalanan.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah Superintendan Mohd Mahiri Hussin berkata, selain penguatkuasaan, tumpuan akan diberikan untuk memastikan kelancaran trafik bagi melancarkan dan keselesaan pengguna jalan raya yang pulang beraya.

Katanya, lebih 400 anggota bahagian trafik akan bertugas menjaga dan mengawal lalu lintas sepanjang Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang bermula 29 April hingga 8 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... malangan-jalan-raya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.198522 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list