CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Kedah] Pekebun didenda RM60,000 miliki spesies hidupan liar dilindungi

[Copy link]
Post time 25-4-2022 02:42 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Perhilitan membawa keluar peralatan menyimpan beberapa spesies burung dilindungi dalam kes melibatkan seorang pekebun di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah hari ini. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI


ALOR SETAR; Seorang pekebun didenda RM60,000 selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan memiliki spesies hidupan liar yang dilindungi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Phung Sy Horng, 46, mengaku bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Harmi Thamri Mohamad.

Hakim turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama 11 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, bapa kepada tiga cahaya mata itu didakwa menyimpan lima ekor burung Lang Hindek (Spizaetus Cirrhatus) tidak matang manakala pertuduhan kedua pula, dia didakwa menyimpan tiga ekor Falko Rajawali.

Mengikut kertas pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa menyimpan empat ekor burung Lang Hindek dewasa tanpa memperolehi permit khas ditetapkan.

Kesemua haiwan tersebut adalah hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya dan disenaraikan dalam Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan pada 25 Julai 2017, kira-kira pukul 2 petang di sebuah rumah di Kilang Kecil, Pendang.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Mohamad Refaee Abdul Hamid sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu dalam rayuannya, tertuduh memohon supaya hukumannya diringankan memandangkan pendapatannya yang tidak seberapa selain perlu menanggung emak, isteri dan tiga anak.

“Tujuan saya memiliki burung itu hanya untuk mengubatinya dan melepaskannya semula apabila sudah sembuh. Saya bukan pergi tangkap burung-burung itu.

“Setiap kali pekerja saya melaksanakan penanaman semula pokok getah, mereka biasanya akan menemui burung itu bersama anak-anaknya jatuh ke tanah selepas pokok lama tumbang. Kalau dibiarkan, burung-burung itu mungkin akan mati dan sebab itu kami bawanya balik untuk dirawat,” katanya.

Mohamad Refaee yang bangun selepas itu pula berkata, penyimpanan spesies burung liar dalam jumlah banyak secara tidak sah itu dikhuatiri akan cenderung kepada aktiviti seperti penyeludupan dan sekiranya pemilikan secara tidak sah itu tidak dibendung, dikhuatiri haiwan-haiwan tersebut diancam kepupusan satu hari nanti.

Hakim yang mendengar rayuan tersebut mengakui niat tertuduh sememangnya sesuatu yang baik namun menegaskan kaedah diguna pakai sebagai tidak mengikuti undang-undang.

Menurutnya, tidak salah untuk tertuduh menyelamatkan haiwan tersebut namun dia sepatutnya turut memaklumkan perkara itu kepada pihak Perhilitan dan menyerahkan haiwan dilindungi berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... an-liar-dilindungi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055261 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list