CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

[Kedah] Buluh lemang rezeki alternatif penoreh getah menjelang Aidilfitri

[Copy link]
Post time 25-4-2022 02:39 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Ridzuan menyusun buluh lemang yang siap dipotong di rumahnya di Kampung Nami, Sik. - NSTP / NOORAZURA ABDUL RAHMAN

SIK: Akibat hasil getah tidak menentu dan sering terjejas ketika musim hujan, seorang penoreh sanggup meredah hutan mencari buluh demi pendapatan sampingan menjelang Aidilfitri.

Ternyata usaha Mohd Ridzuan Mad Jab, 52, sejak lima tahun lalu itu berbaloi, apabila permintaan dan hasil jualan buluh meningkat setiap tahun dan ia mencukupi untuk persediaan isteri serta tujuh anaknya menyambut Aidilfitri.

Mohd Ridzuan atau dikenali Pak Lang Awang berkata, setiap kali menjelang Aidilfitri dia menerima tempahan sehingga 10,000 batang buluh dengan pendapatan melebihi RM5,000 setiap kali Ramadan.

"Buluh yang ditempah pelanggan sekitar negeri ini dan Pulau Pinang hanya ditebang bermula 14 Ramadan kerana selepas dua minggu, ia akan kering dan tidak lagi sesuai digunakan untuk dibuat lemang.


"Kebiasaannya, selepas subuh saya akan keluar mencari buluh di pinggir hutan berhampiran kampung, namun kini saya terpaksa masuk lebih jauh ke dalam hutan kerana semakin ramai penduduk turut mencari buluh sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nami, di sini.

Ditanya mengenai harga, katanya pada tahun lalu dia menjual buluh siap dipotong pada harga RM1 sebatang, namun untuk tahun ini harganya naik RM1.20 sebatang.

"Saya terpaksa menaikkan harga kerana perlu menunggang motosikal lebih jauh ke dalam hutan dan terpaksa berulang kali mengangkut muatan buluh memandangkan hanya 180 batang boleh dibawa untuk setiap kali perjalanan.

"Jadi untuk mengangkut 10,000 batang buluh, saya terpaksa berulang alik berpuluh kali dan perlu menanggung kos petrol yang semakin meningkat," katanya.

Memandangkan permintaan semakin meningkat, Mohd Ridzuan berkata dia turut mengajak beberapa penduduk kampung yang terjejas pendapatan akibat tidak dapat menoreh untuk turut serta membantunya mencari buluh.

"Mencari buluh di hutan ini ada risikonya juga. Biasanya kita akan terserempak ular di sebalik rumpun buluh, malah ketika berusia 14 tahun saya pernah dipatuk ular kapak pada jari kelingking kanan ketika membantu orang tua mencari buluh.

"Kawasan hutan ini juga menjadi habitat gajah, jadi saya sentiasa perlu berhati-hati. Jadi kita perlu betulkan niat mencari rezeki kerana mahu sara keluarga dan bantu jiran kampung yang pendapatan terjejas ketika musim hujan," katanya.

Mohd Ridzuan berkata, dia kini turut mempromosikan jualan buluh di media sosial atas saranan isteri dan alhamdulillah, permintaan datang mencurah-curah daripada penjual lemang sekitar Kulim, selain Seberang Perai dan Bayan Lepas di Pulau Pinang.

"Selain menjual buluh lemang, saya juga mencari daun lerek dan daun pisang yang turut menjadi antara bahan diperlukan bagi pembuatan lemang sekiranya mendapat permintaan pelanggan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... enjelang-aidilfitri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.393364 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list