CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

[Kedah] Jambatan konkrit di jeti Bagan Pauh, Pulau Tuba runtuh

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:33 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar daripada video menunjukkan seorang penduduk menyelamatkan sebuah motosikal yang hampir tenggelam selepas jambatan di jeti Bagan Pauh, Pulau Tuba, Langkawi runtuh, petang semalam.

LANGKAWI: Sebuah jambatan konkrit di jeti Bagan Pauh, Pulau Tuba di sini runtuh secara tiba-tiba petang semalam.

Jambatan sepanjang sembilan meter dan lebar 1.5 meter itu yang digunakan penduduk menaiki bot tambang ke Langkawi serta turun ke laut runtuh pada pukul 6.30 petang.

Insiden tersebut sempat dirakam seorang penduduk, Azizon Azizan, 28, yang menunjukkan empat motosikal hampir tenggelam setelah jambatan itu runtuh dan video berdurasi 16 saat itu dimuat naik ke laman Facebook sebelum tular sejak malam semalam.

Ketika kejadian, dia baru sahaja tiba di jeti tersebut ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

“Jambatan itu juga menjadi tempat penduduk meletakkan motosikal sebelum menaiki bot tambang di jeti untuk ke pekan Kuah dan menangkap ikan di laut.

“Syukurlah ketika kejadian tidak ramai berada di atas jambatan, cuma empat motosikal terhumban ke laut, tapi dapat diselamatkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Azizon, jambatan dan jeti itu sebelum ini diperbuat daripada kayu dan dinaik taraf kepada tiang dan lantai simen lebih 10 tahun lalu.

Tambahnya, keadaan fizikal tiang dan lantai jambatan itu telah lama dalam keadaan uzur sebelum runtuh semalam.

“Sebenarnya tiang dan lantai jambatan dalam keadaan uzur sudah agak lama dan saya tak pasti pihak mana bertanggungjawab membinanya,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah yang juga Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya ketika dihubungi memberitahu pihaknya sedang menyiasat kejadian jambatan di jeti tersebut runtuh. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -pulau-tuba-runtuh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.077688 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list