CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 0

[Sabah] Pemimpin perlu turun padang dengar masalah rakya

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:07 AM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman (kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang murid penerima. Diringi Encik Koo Hung Eow, Mantan PPM Sri Tanjung (Kanan).

TAWAU: Pemimpin perlu sentiasa turun padang untuk melihat dan mendengar setiap permasalahan rakyat di peringkat akar umbi tanpa mengira kaum dan agama.

Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman berkata pemimpin atau wakil rakyat perlu merasai denyut nadi rakyat terutamanya golongan miskin tegar.

“Setiap masalah yang disuarakan oleh rakyat di peringkat akar umbi perlu sentiasa diperhatikan dan jangan diabaikan tanpa ada jalan penyelesaian.

“Pemimpin perlu mencari solusi atau jalan terbaik bagi mengatasi masalah rakyat, lebih-lebih lagi setelah menghadapi pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam majlis bantuan kepada 20 orang murid daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (c) Phui Yuk dan Kuok Ming menerusi Program Bantuan Kasih Nikmat, di sini hari ini.

Katanya, pemimpin juga harus menyokong semua program yang dijalankan oleh pihak-pihak yang prihatin dan ingin membantu rakyat miskin tegar.

“Sumbangan yang diberikan hari ini adalah satu inisiatif yang sangat baik dan bertepatan bagi membantu murid dalam kategori miskin tegar.

“Saya difahamkan seramai 80 orang murid sekolah rendah daripada golongan miskin tegar sudah menerima bantuan wang tunai daripada program ini,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua sekolah yang menerima bantuan itu terletak dalam kawasan parlimen Kalabakan dan sumbangan ini sudah pasti dapat meringankan beban semua penerima.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pengerusi penganjur dan penaja sumbangan kerana memberikan bantuan tersebut.

“Program ini juga akan diteruskan pada minggu depan iaitu di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung dan ia perlu diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Ma’Mun berharap lebih ramai lagi pihak akan tampil mencontohi penganjur Bantuan Kasih Nikmat untuk meringankan beban keluarga murid yang miskin.

“Kita maklum, ramai rakyat di negara ini menghadapi masalah dari segi kewangan selepas berlakunya penularan wabak COVID-19.

“Rakyat masih lagi terbeban dengan kehidupan terutamanya golongan miskin tegar kerana ramai dalam kalangan mereka yang terputus punca pendapatan,” katanya.

Terdahulu, Program Bantuan Kasih Nikmat ini mensasarkan seramai 100 murid daripada golongan miskin tegar di sekitar daerah Tawau dan Kalabakan.


utusanborneo.com.my/2022/04/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.375501 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list