CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 1

[Sabah] 370 unit rumah mampu milik dibina untuk penjawat awam

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:05 AM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Masiung (dua kanan) ketika dalam tinjuan di tapak pembinaan.

PAPAR: Kakitangan kerajaan di Sabah berpeluang memiliki rumah mampu milik sebaik sahaja kerajaan negeri membina perumahan khas untuk penjawat awam bermula tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah berkata, satu kawasan seluas 136 ekar terletak di Kampung Kopimpinan dan Kawang, Papar telah diwartakan untuk projek itu.

"Kerajaan Sabah pada dasarnya telah bersatuju membina sekurang-kurangnya 370 unit rumah berkonsepkan rumah mampu milik dan ia sedang dalam proses kelulusan Kabinet negeri," katanya sejurus melawat tapak projek itu, kelmarin.

Menurut Masiung, cadangan membina taman perumahan penjawat awam itu diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) yang disenaraikan menerusi program halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

"LPPB yang dilantik sebagai pelaksana ke atas projek itu dan kini dalam peringkat akhir menyediakan dokumentasi termasuk anggaran kos projek serta harga rumah mengikut saiz.

"Sekurang-kurangnya kita menyediakan tiga konsep reka bentuk rumah mengikut ketegori serta kelayakan penjawat awam yang bakal jadi pembeli," jelasnya.

Masiung turut mengarahkan kepada juru perunding agar mengubah suai konsep asal kepada  reka bentuk moden sesuai dengan bentuk muka bumi berbukit di tapak projek itu yang hendaklah dikekalkan tanpa menjejaskan keindahan alam semula jadi.

Beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berhubung cadangan itu dan mendapat arahan untuk melaksanakan projek berkenaan selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini.

"Saya telah mengeluarkan arahan kepada para pegawai terlibat termasuk jurutera kanan dan juru perunding untuk menyiapkan dokumentasi secepat mungkin," tambahnya.

Beliau akan memanggil mesyuarat khas bersama JPAN, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan Unit Perancang Bandar dalam masa terdekat bagi menentukan tarikh pecah tanah yang dijangka akan dilakukan oleh Ketua Menteri.


utusanborneo.com.my/2022/04/24
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2022 06:17 AM | Show all posts
LOL..and majority penjawat awam kat sabah i see kebanyakan org semenanjung, i kenal sorang ..cikgu...dia dah kahwen ngan org sabah...rumah ada 3 atau 4 tak silap...org semenanjung dpt allowance tinggi keje belah sana...not only tinggi but byk jenis allowance...must narrow down...penjawat awam/anak jati sabah atau sarawak....ermmmm.....sorry kalau salah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.057293 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list