CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 731|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 24/04/2022

[Copy link]
Post time 25-4-2022 12:03 AM | Show all posts |Read mode
Sabah rekod 60 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan sejumlah 60 kes baharu COVID-19 berbanding 65 kes pada hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sebanyak 10 daerah mencatatkan penurunan kes dan lapan daerah mencatatkan peningkatan kes. Sembilan daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam.

"Kota Kinabalu catat 26 kes baharu (+6) merupakan satu-satunya daerah di Sabah yang mencatatkan jangkitan baharu dua angka.

"Sebanyak 15 daerah mencatatkan kes satu angka dengan 10 daripada daerah-daerah tersebut mencatat kan satu atau dua kes sahaja. Tidak ada kes baharu dicatatkan di 11 daerah lain dalam tempoh 24 jam yang lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, hampir 57 peratus daripada semua kes baharu hari ini adalah melalui jangkitan sporadik berbanding 26.7 peratus melalui saringan kontak rapat.

Katanya, statistik ini merupakan satu peringatan bahawa risiko jangkitan di tempat awam yang penuh sesak masih tinggi.

"Amatlah disarankan agar masyarakat mematuhi semua SOP ketika berkunjung ke pusat-pusat beli belah dan bazar Ramadan bagi mengurangkan risiko jangkitan.

"Seramai 58 orang daripada 60 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit  masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 5. Tidak ada kes baharu direkodkan dalam Kategori 4," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/04/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057883 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list