CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 528|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 23/04/2022

[Copy link]
Post time 24-4-2022 11:59 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 65 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 370,431 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Kuala Penyu. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 308 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 360,241 orang. Manakala 196 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 195 orang di hospital, satu (1) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 13 orang merangkumi 12 di ICU/repurposed kritikal care serta satu (1) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 10 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah jangkitan harian kembali kepada ‘zon stabil’ dua (2) angka dengan 65 kes baharu, 84 lebih rendah daripada jumlah kelmarin.

b. Setelah dikejutkan dengan pengisytiharan kluster pendidikan baharu di Lahad Datu semalam, keadaan di semua daerah di Sabah nampak stabil dan terkawal. Cuma satu (1) daerah yang mencatatkan kes baharu dua (2) angka, iaitu Kota Kinabalu dengan 20 kes (+7). Daerah-daerah sekitar Kota Kinabalu seperti Tuaran (2), Penampang (6) dan Papar (9) juga mencatatkan jumlah kes baharu yang rendah, malah tidak ada kes baharu direkodkan di Putatan.

c. Tidak ada tambahan kepada jumlah kes positif di kalangan pelajar di Kluster SM Sains Lahad Datu setakat ini, dan daerah tersebut juga tidak mencatat sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

d. Sebanyak 16 daerah mencatatkan kes harian satu (1) angka dan tujuh (7) daripada daerah-daerah tersebut masing-masing merekodkan hanya satu (1) kes baharu. Tidak ada jangkitan baharu di rekodkan di 10 daerah. Daerah-daerah tersebut ialah, Beluran, Kunak, Lahad Datu, Pitas, Putatan, Ranau, Sipitang, Tambunan, Telupid dan Tongod.

e. Seramai 60 orang daripada 65 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua (2) orang dalam Kategori 3, seorang (1) dalam Kategori 4 dan dua (2) orang dalam Kategori 5.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.064636 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list