CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 1

[Sabah] Kebakaran: 900 hilang tempat tinggal di Semporna

[Copy link]
Post time 22-4-2022 12:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-4-2022 04:23 PM



SEMPORNA: Dianggarkan kira-kira 900 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran melibatkan kira-kira 100 pintu rumah kongsi di Penempatan Sementara Kampung Bangau-Bangau di sini dalam kejadian bermula pukul 11.35 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Edoen Macheal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 dan menggerakkan 12 anggota bersama pegawai dengan dua jentera termasuk EMRS ke lokasi kejadian.

“Operasi turut dibantu sepasukan lima anggota dari BBP Air Semporna, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati 10 blok rumah kongsi menempatkan lebih 900 penduduk telah musnah terbakar,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, pasukan bomba segera melakukan operasi pemadaman bagi mengelak api merebak ke kawasan penempatan lain sebelum berjaya dikawal pada 12.46 tengah malam.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat dan operasi ditamatkan pukul 3.05 pagi tadi. Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden kebakaran tersebut,” katanya.

Kawasan itu merupakan penempatan sementara yang dibina kerajaan untuk mangsa kebakaran rumah atas air Kampung Bangau-bangau yang berlaku pada 2017. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/04/21
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2022 12:23 AM | Show all posts


100 pintu rumah kongsi musnah terbakar

SEMPORNA: Lebih 900 penduduk hilang tempat tinggal selepas 100 pintu rumah kongsi musnah dalam insiden kebakaran di Penempatan Sementara Kampung Bangau-Bangau, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Edoen Macheal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.35 malam.

Katanya, susulan itu, sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama dua buah jentera termasuk EMRS digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

“Operasi turut dibantu sepasukan lima anggota daripada BBP Air Semporna, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati 10 blok rumah kongsi menempatkan lebih 900 penduduk sudah musnah terbakar,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba segera melakukan operasi pemadaman bagi mengelak api merebak ke kawasan penempatan lain sebelum api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat dan operasi ditamatkan pada jam 3.05 pagi.

“Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden kebakaran tersebut,” katanya.

Terdahulu, penduduk yang terlibat adalah mangsa kebakaran rumah atas air Kampung Bangau-Bangau pada tahun 2017.

Semua mangsa terbabit ditempatkan di penempatan sementara rumah kongsi jenis tidak kekal (kawasan kebakaran) iaitu 10 blok bersamaan 100 pintu.


utusanborneo.com.my/2022/04/21

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.072307 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list