CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Sabah] Projek Naik Taraf Hospital Tawau Akan Siap Hujung Tahun Ini

[Copy link]
Post time 22-4-2022 12:18 AM | Show all posts |Read mode


Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup (tengah)

TAWAU : Projek naik taraf Hospital Tawau akan disiapkan menjelang hujung tahun ini dan setakat 31 Mac lepas, kemajuan kerja projek itu sudah mencapai 70 peratus siap, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata bagi memastikan baki kerja projek itu dapat disiapkan, kontraktor perlu mencapai sasaran kemajuan kerja ditetapkan iaitu siap sebanyak empat peratus pada setiap bulan.


Apabila projek berkenaan siap Hospital ini akan menjadi hospital terbesar di Pantai Timur Sabah sekali gus hospital rujukan kepada daerah sekitar.

“Sasaran tersebut adalah berdasarkan perbincangan bersama kontraktor dan juga langkah-langkah pemantauan yang diambil Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan kemajuan kerja mengikut jadual yang ditetapkan.

“JKR memantau rapi pelan mitigasi dan kemajuan kerja kontraktor, selain prestasi pihak kontraktor akan dinilai mengikut laporan kemajuan kerja mingguan yang perlu dihantar,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek itu di sini hari ini.

Menurut Arthur, JKR juga tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan amaran kepada kontraktor sekiranya sasaran kerja berkenaan didapati tidak dicapai.

“Projek naik taraf hospital ini dimulakan pada 2017 dan dijadualkan siap pada 2020 dengan kos kira-kira RM210 juta, namun projek ini mengalami kelewatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 termasuk masalah struktur tanah, dan JKR membenarkan Lanjutan Masa (EOT)  kepada kontraktor untuk menyiapkannya.

“PKP yang dilaksanakan membawa kepada rantaian masalah antaranya kekurangan pekerja tempatan dan asing serta kesukaran mendapat bahan binaan akibat penutupan kilang,” katanya sambil menambah ketika ini kontraktor menggunakan 80 peratus pekerja tempatan di lapangan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Apabila projek berkenaan siap, Arthur berkata naik taraf itu menjadikan Hospital Tawau sebagai hospital terbesar di Pantai Timur Sabah sekali gus hospital rujukan kepada daerah sekitar.

Katanya lagi, bangunan baharu hospital akan menempatkan 154 katil dan menjadikan jumlah keseluruhan katil di Hospital Tawau sebanyak 555 katil, di samping kemudahan lain disediakan termasuk enam bilik bedah, empat suite endoskopi, 30 unit hemodialisis serta helipad pertama di Sabah.

Beliau berkata pihaknya akan memastikan projek itu siap pada waktunya kerana  menjadi hasrat kerajaan bagi menyediakan kemudahan kesihatan terbaik untuk Keluarga Malaysia selain penantian rakyat yang inginkan kemudahan perubatan selesa. – BERNAMA


sabahpost.net/2022/04/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.326166 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list