CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Sabah] Gangguan Bekalan Elektrik Di HQE : 28 Pembedahan Bukan Kecemasan Ditunda

[Copy link]
Post time 22-4-2022 12:15 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU, 20 April : Gangguan bekalan elektrik di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini sejak semalam menyebabkan 28 pembedahan bukan kecemasan yang dijadualkan hari ini ditunda ke tarikh lain, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Beliau berkata perkhidmatan dewan bedah di HQE terpaksa ditutup pada hari ini dan esok untuk memastikan bekalan elektrik ke wad dan unit rawatan rapi sentiasa mencukupi serta stabil, manakala kes yang memerlukan pembedahan kesemasan pula akan dilakukan di HQE II di sini.

“Pada masa ini syarikat konsesi masih berusaha untuk membaiki kabel elektrik yang rosak agar bekalan elektrik pulih seperti sediakala,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Rose Nani berkata gangguan bekalan elektrik itu terjadi pada 11.54 pagi semalam di HQE melibatkan melibatkan menara berkembar, klinik pakar dan blok bangunan lama perubatan HQE.

“Sepanjang gangguan bekalan, dua ‘set generator’ di HQE menampung bekalan elektrik bagi bangunan terlibat. Pihak hospital, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta syarikat konsesi telah melakukan tindakan segera mendapatkan generator tambahan sebagai sokongan,” katanya.

Beliau berkata bagi memastikan perkhidmatan perubatan HQE tidak terjejas, pelan kontigensi telah dilakusanakan dengan memindahkan sebahagian pesakit lebih memerlukan, dan kes memerlukan pembedahan kecemasan ke HQE II. – BERNAMA


sabahpost.net/2022/04/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.449238 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list