CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Kedah] Polis kenal pasti dalang ratusan Rohingya lari dari Depot Imigresen

[Copy link]
Post time 21-4-2022 04:08 PM | Show all posts |Read mode

Dua etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap berjaya ditahan sepasukan anggota Polis D7 di Sungai Rembai Relau di sini kira-kira 9.58 malam kelmarin. - Foto BERNAMA

BANDAR BAHARU: Dalang utama yang mencetuskan rusuhan dan mengarahkan tahanan etnik Rohingya di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap melarikan diri semalam dikenal pasti dan kini diburu pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar, berkata suspek lelaki berusia 30-an itu dikenal pasti sebagai tahanan paling lama berada di depot berkenaan dan dipercayai bertindak mempengaruhi tahanan lain.

"Kita percaya lelaki ini menjadi 'kepala' yang mungkin mengapi-apikan sentimen menyebabkan tahanan lain turut bertindak merusuh dan melarikan diri.

"Pihak polis masih berusaha mengesan lelaki yang masih bebas ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu di sini, hari ini.


Dalam kejadian pada jam 4 pagi semalam, seramai 528 tahanan etnik Rohingya di Depot Imigresen Relau bertindak merusuh dan melarikan diri dengan enam daripada mereka maut selepas dirempuh kenderaan di KM168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada jam 6.50 pagi.

Mengulas lanjut, Suresh berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan berhubung kejadian dan seramai 200 tahanan etnik Rohingya yang berjaya ditahan semula sudah disoal siasat setakat semalam.

Katanya, lebih 20 anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas ketika kejadian turut dipanggil bagi rakaman percakapan hari ini.

"Hasil soal siasat awal mendapati tahanan terbabit melarikan diri kerana mahu bebas dan tidak menjurus kepada perasaan tidak puas hati kepada sistem pengurusan depot," katanya.

Sementara itu pada sidang media sama, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur memberi jaminan daerah itu masih selamat, walaupun selepas kejadian tahanan melarikan diri semalam.

Katanya, sejumlah 14 pasukan khas polis bersama 350 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan untuk mencari tahanan yang masih bebas.

"Ketika ini, operasi mengesan saki baki tahanan tertumpu di pekan Bandar Baharu, Relau dan Lubok Buntar membabitkan kawasan pencarian seluas dua kilometer.

"Dalam operasi semalam, tahanan ini ada yang dijumpai di tepi jalan dan dipercayai ada yang masih bersembunyi di kawasan semak tanpa arah tujuan," katanya.

Berikutan itu, beliau meminta orang ramai yang terserempak individu mencurigakan bersendirian agar segera melaporkannya kepada pihak polis dan tidak bertindak menahan mereka sendirian.
https://www.bharian.com.my/berit ... ari-depot-imigresen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052954 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list