Jika sebelum ini saya banyak membawakan watak baik dan ‘prince charming’, saya membawakan watak antagonis dalam Khilaf Asmara.
“Sebelum ini saya pernah bawa watak jahat, tetapi untuk drama bersiri ini, saya berpeluang untuk meneroka karakter Luqman dengan lebih mendalam,” katanya.
Mendalami watak suami curang, Fattah banyak bermain dengan perasaan untuk menjayakan watak Luqman.
“Watak ini memerlukan banyak emosi dan pada masa yang sama, karakter ini banyak sisi berbeza. Watak ini jahat dan Luqman banyak menipu… Saya boleh katakan karakter ini agak berat dan sukar untuk saya bawakan tetapi berjaya dihasilkan dengan bantuan pengarah dan pelakon lain,” katanya.