CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 438|Reply: 0

[Perlis] Perlis nafi nafi kenyataan Ustaz Wadi Anuar sujud dalam solat

[Copy link]
Post time 20-4-2022 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 20-4-2022 03:34 PM

Kangar: Jabatan Mufti Negeri Perlis menafikan sekeras-kerasnya kenyataan seorang penceramah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar yang mendakwa bahawa negeri itu mengeluarkan peraturan sujud dalam solat iaitu mendahulukan tangan sebelum lutut ketika hendak bersujud dalam solat.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan semalam, berdasarkan satu rakaman video, seorang penceramah yang dikenali dengan nama Wadi Anuar membuat dakwaan berhubung peraturan sujud dalam solat di mana dalam video itu juga ditulis nama negeri Perlis sebagai ulasan.

"Maka, Jabatan ini ingin menegaskan bahawa tiada peraturan yang seperti itu dikeluarkan di negeri ini. Kenyataan itu jika ditujukan kepada Perlis jelas adalah satu tuduhan jahat dan tidak berasas.

"Jika ada pendapat, mana jua penceramah di Perlis, itu bukan peraturan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri ini dan penceramah awam tidak mewakili pihak berkuasa agama," katanya dalam satu kenyataan media jabatan itu.

Menurutnya, pihaknya percaya kenyataan itu bertujuan menimbulkan permusuhan sesama Muslim tanpa alasan yang sah.

"Jika diandaikan hal itu memang wujud, maka tidak sepatutnya juga dijadikan isu permusuhan sesama Muslim dalam perkara khilaf feqah yang seperti itu.

"Umat Islam perlu berhati-hati dengan sesetengah penceramah yang bersifat suka memfitnah, membuat cerita bohong untuk menimbulkan kebencian dan salah sangka dalam kalangan Muslim," katanya.

Jabatan Mufti Negeri Perlis juga amat berdukacita disebabkan hal berkenaan berlaku pada Ramadan di mana golongan berkenaan ditafsirkan sebagai golongan yang termasuk dalam al-Nammam iaitu pembawa api permusuhan dan kebencian sesama Muslim.

Malah, jabatan berkenaan juga menyeru agar umat Islam berukhuwah dan mengelakkan diri daripada golongan al-Nammam.

Sebelum ini, tular video penceramah bebas terkenal Ustaz Wadi Annuar yang mendakwa bahawa negeri Perlis mengeluarkan peraturan sujud dalam solat iaitu mendahulukan tangan sebelum lutut ketika hendak bersujud dalam solat walhal tiada sebarang peraturan berkenaan dikeluarkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-sujud-dalam-solat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.053858 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list