CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 19/04/2022

[Copy link]
Post time 20-4-2022 08:18 AM | Show all posts |Read mode


COVID-19 : KK kekal menjadi daerah catat kes dua angka
KOTA KINABALU : Daerah Kota Kinabalu kekal menjadi satu-satunya daerah di Sabah yang mencatatkan kes baharu dua angka iaitu sebanyak 26 kes daripada 79 kes di seluruh negeri yang dilaporkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah yang direkodkan di seluruh negeri itu meningkat sebanyak 21 kes berbanding semalam yang hanya merekodkan 58 kes.

“Seperti yang dinyatakan dua hari lalu, angka harian diramal bergerak turun-naik dalam lingkungan 60 hingga150 kes sehari.

“Walau bagaimanapun, kadar perubahan angka di hampir semua daerah di Sabah adalah  dalam skala yang kecil,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, pada hari ini sebanyak 16 daerah mencatatkan pertambahan kes baharu dan hanya empat daerah merekodkan penurunan kes harian.

Katanya, sebanyak 22 daripada 27 daerah mencatatkan kes baharu satu angka dengan 16 daripada daerah-daerah tersebut  merekodkan satu atau dua kes baharu sahaja di daerah masing-masing.

“Tidak ada kes baharu di empat daerah dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Seramai 72 orang daripada 79 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori satu dan Kategori dua, dua orang dalam Kategori tiga, tiga orang dalam Kategori empat dan dua orang dalam Kategori lima,” katanya.


sabahmedia.com/2022/04/19

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062702 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list